Perlembagaan, sejarah Malaysia di semua universiti.

PUTRAJAYA 20 Jan.  – Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh pelajar tempatan mulai tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua bidang itu akan diajar dalam bahasa Melayu dan dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran umum yang telah dirombak semula. “Di peringkat pendidikan tinggi, kita tak wajib bahasa Melayu dan sejarah tapi kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang dirombak semula dan diajar dalam bahasa Melayu di seluruh universiti awam (UA) dan swasta bagi pelajar Malaysia.…

Read More

Usia prasekolah 5 tahun, Darjah Satu 6 tahun

PUTRAJAYA 20 Jan. – Mulai tahun 2027, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala Darjah Satu pada usia enam tahun. Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim ketika membuat pengumuman itu bagaimanapun berkata, perubahan itu masih belum diwajibkan kepada ibu bapa. “Maknanya tahun 2027 kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang masih merasakan anak-anak belum bersedia. Kita tetapkan masih boleh anak-anak berusia tujuh tahun masuk Darjah Satu tetapi sangat digalakkan ibu bapa bersedia dari sekarang supaya anak-anak berumur lima tahun sudah masuk prasekolah dan Darjah Satu umur enam tahun,”…

Read More

Media sosial: UK cadang contohi Australia

LONDON – United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan larangan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak, mengambil inspirasi daripada pendekatan tegas yang diperkenalkan di Australia. Pertimbangan itu dibuat ketika kebimbangan terhadap kesan platform digital ke atas kesihatan mental dan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat. Media tempatan melaporkan, perbincangan awal sedang dijalankan dalam kalangan menteri dan pegawai kanan kerajaan mengenai kemungkinan mengehadkan akses media sosial berdasarkan umur, termasuk penguatkuasaan mekanisme pengesahan umur yang lebih ketat atau larangan terus terhadap kanak-kanak bawah umur tertentu. Cadangan itu muncul susulan langkah Australia yang sebelum ini meluluskan…

Read More

Tiada tempat bagi ISF Turkiye, Qatar

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan tidak akan ada tempat bagi Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF), membabitkan tentera Turkiye atau Qatar di Gaza, pasca perang kelak. “Kami mempunyai sedikit perbezaan pendapat dengan rakan di Amerika Syarikat (AS) mengenai komposisi majlis penasihat bagi beberapa proses di Gaza,” katanya. Pejabat Netanyahu pada Sabtu lalu, membantah komposisi ‘Jawatankuasa Eksekutif Gaza’, merangkumi Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, dan diplomat Qatar, Ali Al-Thawadi, bersama pegawai serantau dan antarabangsa lain. “Netanyahu mengarahkan Menteri Luar untuk menghubungi Setiausaha Negara AS mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan. Bagaimanapun,…

Read More