MCA kekal bersama BN

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu tidak akan keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi BN itu berkata keputusan tersebut dimuktamadkan selepas mengambil kira penubuhan gabungan berkenaan dibuat berasaskan semangat Perikatan pada 1973.

“Soal ini (keluar daripada BN) tidak wujud. BN ditubuhkan berlandaskan kepada semangat Perikatan dulu. Kita bersama-sama menubuhkan gabungan ini.

“Justeru, soal ini tidak wujud setakat ini,” katanya Ahli Parlimen Ayer Hitam ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengakui keberadaan BN dalam Kerajaan Perpaduan mengundang keretakan hubungan mesra sesama parti komponen gabungan itu, walaupun ia dimuktamadkan atas dasar kepentingan negara.

Keadaan itu menyebabkan ada parti komponen BN membuat keputusan untuk meninggalkan gabungan yang selama ini menjadi tonggak kestabilan negara.

Nnn

Related posts

Leave a Comment