Rumah Bangsa perlu ikhlas, jujur – Ismail

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Semua pihak perlu benar-benar ikhlas dan jujur untuk melaksanakan agenda Rumah Bangsa untuk menerima kembali mana-mana bekas ahli UMNO, kata Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, gagasan yang dibawa oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi itu akan membuka ruang penyatuan, merapatkan jurang perbezaan dan menyatukan kembali kekuatan politik Melayu termasuk membawa masuk kembali mereka yang berada ‘di luar’.

“Dalam keadaaan hari ini, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam,” katanya sambil menyambut baik ucapan Presiden terutamanya penekanan terhadap penyatuan dan bukan pemisahan bagi memperkukuhkan UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu yang turut hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur berkata, UMNO perlu bangkit dan keluar dari nostalgia kegemilangan UMNO.

“UMNO perlu menerima hakikat semasa bahawa orang Melayu sudah tidak bersama kita lagi. Sokongan orang Melayu kepada kita hanya sekitar 28 peratus sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kehadiran ramai perwakilan di Dewan Merdeka dengan berbaju merah, memperlihatkan semangat juang yang tinggi oleh setiap perwakilan dari seluruh negara.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment