Rombakan tekanan politik atau habuan kuasa?

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak membangkitkan rasa curiga terhadap hala tuju sebenar rombakan Kabinet Madani yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam. Ketua Penbangkang  Hamzah Zainudin berkata, dalam tempoh 24 jam, beliau menerima banyak maklum balas dan keresahan daripada rakyat. Dalam satu kenyataan menerusi Facebook, Ahli Parlimen Larut itu berkata, rakyat berhak bertanya, sama ada rombakan Kabinet itu yang melibatkan kementerian tertentu akibat tekanan politik atau habuan kuasa? “Persoalan ini berasas, terutamanya apabila kementerian-kementerian yang mempunyai pengaruh besar terhadap kerajaan tempatan dan wilayah, kini dikuasai satu parti yang sebelum ini…

Read More

2.2 juta kenderaan di lebuh raya

KUALA LUMPUR 17 Dis.  – Sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini. Dalam kenyataannya hari ini, PLUS memaklumkan jangkaan itu termasuk pada 2 Januari 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini. Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal…

Read More

Sentiasa turun padang dengar suara rakyat

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan anggota Jemaah Menteri supaya sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi. Baginda menasihatkan mereka supaya sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat. Menurut Seri Paduka Baginda, keutamaan kerajaan antara lain perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi, seiring dengan prinsip tadbir urus yang baik. “Menteri dan Timbalan Menteri perlu sentiasa turun padang mendengar suara rakyat. Anda perlu menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi,” titah…

Read More

Lantikan Marhamah ‘pelempang’ kepada Amanah

SEPANG 17 Dis. –  Pelantikan aktivis Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebenarnya satu ‘pelempang’ (dialek utara membawa maksud penampar) kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Exco Pemuda parti itu Azri Abdullah berkata, kerajaan boleh memilih wakilnya seperti Timbalan Presiden Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat atau Ketua Pemuda Hasbie Muda. “Takkan la takde (tak ada) satu pun ahli Amanah yang layak terlibat di Kementerian Agama? Boleh pilih YB Mujahid, YB Suhaizan atau YB Hasbie,” kata Azri di aplikasi X. Sebagai anggota Dewan…

Read More

Jawatan Kabinet ‘bunga emas’ politik?

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Pas bimbang dengan persepsi meluas yang mengatakan pelantikan dalam rombakan Kabinet semalam dibuat tidak berlandaskan merit atau keperluan dasar sebaliknya susulan tekanan dan tawar menawar politik. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, Pas turut mengambil perhatian tentang spekulasi bahawa rombakan Kabinet itu berkait rapat dengan kata dua politik oleh DAP. Ia termasuk ancaman parti itu untuk menarik diri daripada kerajaan sekiranya beberapa tuntutan termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah-sekolah persendirian Cina tidak dipenuhi. “Pas beranggapan sekiranya jawatan Kabinet digunakan sebagai ‘bunga…

Read More

Kabinet: Bijaksana tangani sentimen

KUALA LUMPUR 17 Dis.  – Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sentimen rakyat dalam kalangan netizen berhubung rombakan Kabinet yang berlegar di media sosial semalam tidak boleh dipandang ringan. “Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya menerusi Facebook. Menerusi hantaran itu beliau ‘mengutip atau merumuskan’ sentimen netizen atau warganet yang memperkatakan tentang beberapa pelantikan Kabinet termasuk kenapa Menteri Wilayah Persekutuan seorang berbangsa Cina DAP dan Timbalan Menteri juga seorang berbangsa Cina GRS. “Apakah nasib Bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk Pilihanraya Kerajaan Tempatan…

Read More

Istiadat angkat sumpah jawatan

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu,  berlangsung di Singgahsana Kecil pada pukul 10 pagi. Pada masa sama, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan. Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat…

Read More

Kabinet Madani 17 Dis. 2025

SENARAI Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Madani Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri II: Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said Timbalan Menteri : M.Kulasegaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Hannah Yeoh Timbalan Menteri: Lo Su Fui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Mustapha Sakmud Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Dr Zulkifli Hasan Timbalan Menteri: Marhamah Rosli…

Read More

Enam lagi negara dikenakan sekatan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memperluaskan larangan perjalanan ke AS dengan menghalang kemasukan warga dari enam lagi negara mukai 1 Januari ini menjadikan 12 negara kesemuanya. Enam negara itu adalah Burkina Faso, Mali, Niger, Sudan Selatan Syria dan pemegang pasport Pihak Berkuasa Palestin (PA). Trump sebelum ini sudah mengharamkan kemasukan warga Somalia,  Afghanistan, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Myanmar, Sudan dan Yaman. Trump, yang sejak sekian lama berkempen untuk menyekat imigresen dan kini menggunakan nada semakin keras, bertindak mengharamkan kemasukan warga asing yang…

Read More