KUALA LUMPUR 15 Dis. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah menyelesaikan proses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.55 bilion membabitkan 3.47 juta bilangan kes setakat 30 November 2025. Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. memberitahu Dewan Negara, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM12.39 bilion membabitkan 2.71 juta kes tahun lalu. Daripada 3.47 juta kes yang dibayar balik tahun ini, sebanyak 3.34 juta kes selesai dibayar sepenuhnya dengan jumlah bayaran balik sebanyak RM13.32 bilion. Katanya , dalam usaha memperkukuh pengurusan bayaran…
Read MoreDay: December 15, 2025
Jangan buka aib pasangan di media sosial
PUTRAJAYA 15 Dis. – Media sosial tidak seharusnya menjadi tempat meluahkan masalah dihadapi pasangan masing-masing, sebaliknya menggunakan saluran sepatutnya untuk mencari jalan penyelesaian. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata, perbuatan membuka aib pasangan itu di media sosial, yang kemudian menerima pelbagai reaksi tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi. Malahan ajaran Islam sendiri mendidik supaya semua umat Islam tidak mengaibkan sesama saudara seagama. Beliau berkata, perilaku itu dilihat cenderung kepada individu yang mahu mendapatkan pengikut yang ramai di platform media sosial tanpa memikirkan kesannya. “Islam mengajar…
Read MoreBersatu dan berjuanglah Melayu
PASCA KONVENSYEN 153 1.Konvensyen 153 pada 13 Disember 2025 sudah berlalu. Tahniah kepada Negarawan Tun Mahathir Mohamad yang menyampaikan ucapan perasmian dengan tidak letih menyeru orang Melayu supaya bersatu demi masa depan orang Melayu sebelum terlambat. Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Ibrahim Abu Shah telah menyampaikan ucapan yang cukup baik, berfakta akademik dan politik serta menjelaskan apa itu Fasal 153, Perlembagaan dan undang-undang serta cabaran terhadap orang Melayu. Banyak perkara dalam sejarah perjuangan Melayu hanya menjadi nostalgia dengan laungan Hidup Melayu, tetapi kampung…
Read MoreKerjasama BN-PH bukan UMNO-DAP
GOMBAK 15 Dis. – Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan DAP sebaliknya kerjasama dalam kerajaan ketika ini hanya melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN itu berkata kerjasama yang wujud perlu dilihat dari sudut gabungan ke gabungan bukan antara parti secara langsung. “Oleh kerana MCA merupakan parti komponen dalam BN dan DAP pula adalah parti komponen dalam PH, maka asas utama kerjasama ini bukanlah parti ke parti tetapi gabungan ke gabungan. “Perkara ini boleh diselesaikan dan kesefahaman…
Read MoreBerita pilihan…
Penyerang disahkan anak, bapa
SYDNEY – Pasangan anak dan bapa, disahkan sebagai suspek yang melakukan serangan tembakan beramai-ramai di Pantai Bondi, Sydney dalam insiden yang kini disifatkan sebagai serangan pengganas yang menyasarkan komuniti Yahudi. Menurut kenyataan rasmi polis Australia, penyerang berusia 50 tahun maut di tempat kejadian selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa, manakala anak lelakinya yang berusia 24 tahun cedera parah dan kini kritikal di hospital. Serangan yang berlaku pada malam pertama sambutan Hanukkah itu mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa, termasuk seorang kanak-kanak dan dua anggota polis manakala lebih 40 orang lagi dilaporkan cedera.…
Read MoreLebih 1,000 korban banjir 3 wilayah
JAKARTA – Data terkini yang dikeluarkan oleh Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Sabtu menunjukkan angka korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia, meningkat kepada 1,006 orang. Manakala 217 lagi masih dilaporkan hilang dan sekurang-kurangnya 5,400 orang cedera dalam bencana yang melanda wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat yang turut menyebabkan kerosakan infrastruktur yang meluas. Menurut BNPB, sebanyak 1,200 kemudahan awam rosak, termasuk 219 fasiliti kesihatan, 581 institusi pendidikan, 434 rumah ibadat, 290 bangunan pejabat dan 145 jambatan. Ketua Pusat Data dan…
Read More