UEC: Tuntutan perlu pertahan prinsip Perlembagaan

LANGKAWI 12 Dis. – Sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Anwar Ibrahim. Justeru , Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan terus mempertahan dan mendukung prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu. Katanya, usaha yang sepatutnya dilakukan adalah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu yang dikuasai semua pihak di negara ini. Beliau berkata, kebelakangan ini, ada pelbagai suara yang membuat tuntutan berkaitan bahasa, ada yang mahu menekankan penggunaan bahasa Inggeris, dan ada juga yang…

Read More

DAP bawa syor 10 perkara, UEC, reformasi

SEPANG 12 Dis . – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengemukakan 10 syor kepada Anwar Ibrahim, yang disifatkan beliau sebagai perkara nasional yang penting termasuk memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sepuluh syor itu terkandung dalam kenyataan lima muka surat bertarikh 8 Disember yang dihantar kepada Perdana Menteri dan dikongsikan menerusi Facebook Guan Eng, iaitu 10 hari selepas DAP kalah teruk pada PRU Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November lalu. Selain syor oleh Ahli Parlimen Bagan itu, ia turut disusuli dengan kenyataan Setiausaha…

Read More

PBB kecam serangan ke atas hospital

HAMILTON – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan ke atas sebuah hospital di Rakhine, Myanmar, yang mengorbankan lebih 30 orang awam,  mencederakan lebih 70 termasuk pesakit, penjaga dan petugas perubatan. Jurucakap PBB Farhan Haq pada sidang media berkata, PBB amat bimbang dengan laporan mengenai serangan udara di Negeri Rakhine semalam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ini adalah serangan ke-67 ke atas sektor kesihatan di Myanmar tahun ini sedangkan kemudahan perubatan dan orang awam, termasuk petugas perubatan mesti dihormati dan dilindungi. “PBB mengecam serangan ini, yang merupakan sebahagian daripada pola serangan…

Read More

Thailand bubar Parlimen

BANGKOK – Selepas tiga bulan memegang jawatan,  Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul membubarkan Parlimen hari ini, bagi membuka jalan untuk mengadakan pilihan raya umum. Langkah itu diambil lebih awal daripada yang dijangkakan ketika negara berdepan konflik yang tercetus semula di sempadan Thailand-Kemboja yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan sekitar 600,000 kehilangan tempat tinggal. “Dewan Perwakilan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum baharu untuk ahli Dewan,” kata Titah Diraja Thai yang diterbitkan dalam Warta Diraja. Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari. Anutin, dari parti konservatif Bhumjaithai,…

Read More