KUANTAN 2 Dis. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini seperti yang dilaporkan terjadi di ibu negara. Baginda mengakui terkejut dengan perkara berkenaan dan berharap agar kegiatan seumpamanya dihentikan. “Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini…saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini. “Kalau ada pun tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa)…
Read MoreDay: December 2, 2025
Fakta Kabinet Sabah
4 ADUN Bebas dilantik Pembantu Menteri
KOTA KINABALU – Empat daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Sabtu lalu dilantik mengisi jawatan Pembantu Menteri. Mereka adalah antara 17 Pembantu Menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, hari ini bersama enam ADUN yang dilantik. ADUN Bebas itu adalah Datuk Fairuz Renddan (Pintasan), Datuk Rina Jainal (Kukusan), Datuk Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid). Hanya ADUN Bebas dari Petagas, Awang Ahmad Sah Sahari tidak tersenarai, manakala seorang ADUN mewakili Parti Solidariti…
Read MoreZafrul tunggu peranan baharu
KUALA LUMPUR 2 Dis. – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini, susulan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan peranan baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun beliau yang menamatkan tugasnya hari ini susulan berakhirnya tempoh anggota Dewan Negara, tidak pasti atas kapasiti apa tugas berkenaan dan masih menunggu keputusan pucuk pimpinan negara. “Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya sambil menegaskan segala keputusan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan…
Read MoreSTAR kekal sebagai pembangkang
KOTA KINABALU 2 Dis. – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang menang dua kerusi pada pilihan raya baru-baru ini menegaskan pendirian untuk kekal sebagai pembangkang dan bukan sebahagian daripada kerajaan yang dibentuk bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presidennya, Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya kekal dengan pendirian bahawa Sabah perlu ditadbir oleh parti-parti tempatan dan bukan parti nasional. “STAR ingin menjelaskan pendirian berikutan pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baharu. “STAR tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan GRS. Pendirian kami kekal tidak berubah – Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan, bukan oleh gabungan…
Read MoreWarisan nafi cubaan ‘beli’ ADUN
KOTA KINABALU 2 Dis. – Parti Warisan menafikan dakwaan kononnya parti itu sedang cuba ‘membeli’ beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. Presidennya, Mohd Shafie Apdal berkata, komitmen Warisan sentiasa berteraskan integriti dan kepemimpinan perlu diperoleh melalui kepercayaan rakyat. “Saya menafikan dakwaan Warisan sedang berusaha membeli atau memujuk ADUN. “Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong Warisan. Kepercayaan anda amat kami hargai dan amanah itu kami pikul dengan penuh rendah hati dan penghormatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.…
Read MorePM pertahan pembangunan Kota MADANI
KUALA LUMPUR 2 Dis. – Anwar Ibrahim mempertahankan pembangunan Kota MADANI di Putrajaya yang dikiritik pembangkang dengan menegaskan ia bukan kota mega manakala kosnya menggunakan dana kerajaan. Perdana Menteri berkata, kos pembinaan Kota MADANI sebaliknya ditanggung Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH). Beliau berkata Kota MADANI bakal merangkumi 10,000 kuarters untuk penjawat awam sekali gus menafikan ia bukan sebuah projek tidak penting seperti didakwa pembangkang. “Dikritik lagi Kota MADANI. Kota MADANI ini Putrajaya Holdings Sdn Bhd yang buat bukan (dari) dana kerajaan. Keduanya, yang nak marah kepada pegawai kerajaan mengapa? Kota…
Read MoreKrisis keyakinan serius terhadap DAP, PH
KOTA KINABALU 2 Dis. – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Sabah lantikan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada malam tadi untuk membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah. Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah itu, DAP menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada para pengundi. “Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan. Para…
Read MoreBerita pilihan…
Jakarta punyai penduduk teramai
JAKARTA – Ibu negara Indonesia, Jakarta kini menggantikan Tokyo sebagai bandar paling ramai penduduk di dunia, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut laporan Prospek Urbanisasi Dunia 2025 PBB yang diterbitkan, 18 November lalu, Jakarta dianggarkan mempunyai 42 juta penduduk iaitu hampir sama dengan populasi Kanada. Ini diikuti Dhaka ibu negara Bangladesh dengan 37 juta penduduk, sementara Tokyo, Jepun kini di tempat ketiga dengan 33 juta penduduk. Kedudukan itu menandakan perubahan drastik berbanding laporan terdahulu yang diterbitkan pada 2018, yang mana Jakarta berada di tempat ke-33 dengan 11 juta orang…
Read More