KOTA KINABALU 2 Dis. – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Sabah lantikan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada malam tadi untuk membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah.
Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah itu, DAP menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada para pengundi.
“Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan.
Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas di kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, DAP akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri untuk mempercepatkan agenda reformasi dalam tempoh enam bulan yang akan datang.
“Dalam mesyuarat tersebut, DAP Sabah turut membentangkan keputusan mereka kepada CEC bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah, termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Sabah lantikan.
Para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.
Pada pilihan raya itu, DAP bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Elopura diwakili Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; DUN Sri Tanjung diwakili Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip; DUN Luyang diwakili oleh Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei.
Bagi DUN Likas diwakili oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe; DUN Kapayan dikekalkan kepada Jannie Lasimbang, DUN Tanjung Papat diwakili Tang Szu Ching dan DUN Tanjung Aru diwakili Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual pula bertanding di Kemabong
Nnnn
