KUALA LUMPUR 2 Dis. – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini, susulan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan peranan baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun beliau yang menamatkan tugasnya hari ini susulan berakhirnya tempoh anggota Dewan Negara, tidak pasti atas kapasiti apa tugas berkenaan dan masih menunggu keputusan pucuk pimpinan negara.
“Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya sambil menegaskan segala keputusan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan negara.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengumuman Perdana Menteri berhubung kedudukan Tengku Zafrul ketika berucap melancarkan kereta elektrik (EV) pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), QV-E di sini, hari ini.
Tengku Zafrul dilantik sebagai Senator pada 10 Disember 2022 sebelum menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar.
Tetapi saya tidak tahu apa yang sudah diputuskan oleh Perdana Menteri,” katanya kepada selepas sesi dialog bersama Kelab Concorde di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Sesi bertajuk “Farewell MITI, Hello New Horizons” itu dipengerusikan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai.
Semalam, Anwar berkata, Tengku Zafrul akan dilantik ke jawatan baharu dan pengumuman akan dibuat esok.
Fahmi pada sidang media mingguan Jumaat lalu, berkata Perdana Menteri menyatakan Tengku Zafrul akan terus berkhidmat dalam kerajaan dalam kapasiti lain.
Tengku Zafrul yang telah berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal sejak 2020 iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan, menamatkan tempoh enam tahunnya di Dewan Negara hari ini.
Nnn
