4 ADUN Bebas dilantik Pembantu Menteri

KOTA KINABALU – Empat daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah  Sabtu lalu dilantik mengisi jawatan Pembantu Menteri.

Mereka adalah antara 17 Pembantu Menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, hari ini bersama enam ADUN yang dilantik.

ADUN Bebas itu adalah Datuk Fairuz Renddan (Pintasan), Datuk Rina Jainal (Kukusan), Datuk Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).

Hanya ADUN Bebas dari Petagas, Awang Ahmad Sah Sahari tidak tersenarai, manakala seorang ADUN mewakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Mohd Ishak Ayub (Bingkor) turut dilantik meskipun parti itu memutuskan tidak menyertai kerajaan pimpinan GRS.

Enam ADUN Dilantik pula melibatkan empat wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Mohd Razali Razi,  Kasim Razali, Ceasar Mandela Malakun dan  Ir Chin Shu Ying,serta bekas Presiden Sabah Law Society (SLS),  Roger Chin Ken Fong dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei.

Pelantikan enam ADUN Dilantik membolehkan kerajaan negeri diketuai GRS mendapat tambahan enam lagi kerusi DUN bagi mengukuhkan kedudukan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN Sabah sebanyak 79 kerusi.

Sementara itu, baki 12 lagi Pembantu Menteri terdiri daripada ADUN GRS, termasuk seorang ADUN Dilantik,  Ceasar Mandela Malakun.

Sebelas lagi adalah  Joniston Bangkuai (Kiulu), Datuk Seri Dr Ruddy Awah (Pitas), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Samad Jambri @Jamri (Labuk), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Ruslan Muharam, (Lumadan) dan Datuk Hendrus Anding (Tandek).

Datuk Jonnybone J Kurum (Telupid), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Datuk Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal (Tanjung Batu).

Nnn

Joniston Bangkuai dan Rina Jainal pada majlis angkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri (Foto Sabah Media – Jabatan Ketua Menteri Sabah)

Mohd Ishak Ayub dan Roger Chin (kanan) Foto Sabah Media

ADUN Bebas dilantik Pembantu Menteri – dari kiri Fairuz Renddan (Pintasan), Rina Jainal (Kukusan), Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).

Related posts

Leave a Comment