Rahman Dahlan tarik diri calon BN Tempasuk

KOTA KINABALU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk selepas namanya diumumkan sebagai calon, Ahad lalu. Dalam kenyataan melalui Facebooknya, Timbalan Ketua UMNO Sabah itu berkata, beliau telah memaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  mengenai hasrat untuk tidak meneruskan pencalonannya. “Saya telah memberitahu Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baharu dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili UMNO di DUN Tempasuk. Saya telah bertanding tiga kali…

Read More

Gabungan Rakyat Sabah tanding 55 kerusi

KOTA KINABALU 12 Nov. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meletakkan calon di 55 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Pengerusi GRS,  Hajiji Noor berkata, bagaimanapun calon yang diumumkan secara rasmi hari ini melibatkan 51 kerusi, sementara empat lagi calon dijangka diumumkan esok. Berucap pada majlis pengumuman calon GRS, beliau menyeru semua pihak merapatkan saf dan memperkukuh semangat perjuangan untuk memastikan kemenangan gabungan tersebut, demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, sebanyak 33 peratus adalah muka baharu di mana 29 calon adalah…

Read More

BN umum empat calon baharu

KOTA KINABALU 12 Nov. – Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan penambahan empat calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 menjadikan 45 kerusi yang akan ditandingi pada 29 November ini. Penambahan itu sebagai langkah memperkukuh barisan kepemimpinan dan kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya berkenaan. Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, berkata keputusan dibuat selepas meneliti perkembangan mutakhir serta hasil rundingan yang diperhalusi bagi memastikan representasi parti lebih menyeluruh dan strategik. “Kerusi-kerusi tambahan ini diputuskan selaras dengan aspirasi BN untuk memastikan representasi yang lebih menyeluruh, berimbang dan…

Read More

Warisan tanding semua 73 kerusi

KOTA KINABALU 12 Nov. – Presiden Parti Warisan (Warisan),  Mohd Shafie Apdal mengetuai senarai 73 calon yang akan bertanding di 73 kawasan pada Pilihanraya Umum Dewan Undangan Sabah ke 17 yang akan diadakan 29 November ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang. Warisan mempertaruhkan lebih 60 peratus muka baharu dan sembilan calon wanita dan setakat ini merupakan satu-satunya parti yang bertanding di semua kawasan yang dipertandingkan. Sementara itu, dua lagi Ahli Parlimen yang akan bertanding adalah Ahli Parlimen Lahad Datu,  Mohammad Yusof…

Read More

STAR tanding 40 kerusi, umum 29 nama

KOTA KINABALU 12 Nov.  – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di 40 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini, kata Presidennya Dr Jeffrey Kitingan di sini. Beliau yang akan mempertahankan kerusi N39 Tambunan bagaimanapun hanya mengumumkan 29 nama hari ini manakala selebihnya akan diumumkan kemudian. STAR sebelum ini adalah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi meninggalkan gabungan parti pemerintah itu bersama Parti Maju Sabah (SAPP) untuk bertanding sendirian. Berikut calon yang diumumkan mewakili STAR N2 Bengkoka – Maklin Masiau N6 Bandau –…

Read More

Ahli UMNO khianati perjuangan datuk nenek

SEPANG 12 Nov. – Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli UMNO telah mengkhianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek mereka sebelum ini yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Bekas Presiden UMNO itu mendakwa, UMNO menyokong tindakan menghapuskan kemerdekaan yang diperjuang generasi dahulu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini di bawah kuasa Amerika Syarikat (AS). Dr Mahathir yan juga bekas Perdana Menteri merujuk tindakan UMNO menyokong perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS. “Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Hari ini kamu sokong…

Read More

Israel halang kemasukan barangan penting

GENEVA – Israel didakwa menghalang kemasukan barangan penting, termasuk picagari untuk vaksinasi kanak-kanak dan botol susu formula bayi daripada memasuki Gaza. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendedahkan demikian berkata, sekatan itu menghalang agensi bantuan daripada membantu penduduk yang memerlukan di wilayah yang musnah akibat peperangan itu. Agensi itu berkata pihaknya menghadapi kesukaran besar untuk membawa masuk 1.6 juta picagari serta peti sejuk berkuasa solar bagi menyimpan vaksin ke Gaza ketika UNICEF sedang melaksanakan kempen vaksinasi besar-besaran. Picagari-picagari berkenaan telah tertangguh untuk pelepasan kastam sejak Ogos lalu. “Kedua-dua picagari…

Read More

Perancis tubuh jawatankuasa bersama

PARIS – Sebuah jawatankuasa bersama dengan Pihak Berkuasa Palestin ditubuhkan Perancis bagi merangka perlembagaan baharu untuk Palestin, sebagai langkah memperkukuh pembentukan negara Palestin yang berdaulat dan demokratik. Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu selepas pertemuan rasmi beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Istana Élysée, Paris. “Kami bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi mengukuhkan negara Palestin,” kata Macron, sambil menambah bahawa draf perlembagaan telah pun dikemukakan oleh Abbas. Presiden Abbas menyatakan persetujuan terhadap penubuhan segera jawatankuasa tersebut, yang dijangka memainkan peranan penting dalam reformasi pentadbiran dan penyediaan struktur…

Read More