KUALA LUMPUR 19 Okt. – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan untuk menunaikan haji bagi musim 1447H/2026M dan pada masa sama tidak lagi membenarkan Tabung Haji (TH) membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata, untuk memperoleh visa, jemaah bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik tidak terkawal dan berupaya menjalankan ibadat haji dengan sendiri. Katanya, jemaah tidak dianggap layak untuk mengerjakan ibadat haji sekiranya mengalami kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius…
Read MoreDay: October 19, 2025
Kuasai media sosial hadapi kempen pilihan raya
KOTA KINABALU 19 Okt. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak boleh membiarkan Sabah kembali ke tangan mereka yang gagal mentadbir, sebaliknya hanya berpolitik atas dasar dendam dan kepentingan peribadi. Justeru, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, mengingatkan jentera pilihan raya GRS untuk menjadi penyampai maklumat yang tepat bagi menangkis tohmahan dan fitnah pihak lawan. Pengerusi GRS itu bagaimanapun yakin rakyat negeri ini bijak menilai siapa yang mampu mentadbir dengan baik dan pihak mana yang hanya menabur janji politik dan retorik bagi memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRN17). “Berhentilah…
Read MoreBerita pilihan…
Demonstrasi bantah “No Kings”
WASHINGTON – Ratusan ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam dalam perhimpunan yang dinamakan “No Kings” (Tiada Raja-Raja) bagi mengecam kecenderungan autokratik dan apa yang mereka sifatkan sebagai rasuah berleluasa oleh Presiden AS, Donald Trump. Penganjur perhimpunan menjangkakan jumlah kehadiran keseluruhan boleh mencecah jutaan orang menjelang akhir protes. Lebih 2,600 perhimpunan telah dirancang di bandar-bandar utama, pekan kecil, dan pinggir bandar, mencabar agenda yang dipacu oleh Trump yang dilihat telah mengubah kerajaan dan melanggar norma demokrasi dengan pantas sejak beliau memegang jawatan. Leah Greenberg, pengasas…
Read MorePakistan, Afghanistan setuju gencatan senjata
ISLAMABAD – Selepas seminggu pertempuran sengit di sempadan yang telah meragut puluhan nyawa dan mencederakan ratusan yang lain, Pakistan dan Afghanistan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta ketika rundingan damai di Doha, Qatar. Ini merupakan keganasan terburuk antara kedua-dua negara sejak Taliban merampas kuasa di Kabul pada 2021. Kementerian Luar Qatar berkata, gencatan senjata itu dipersetujui dalam pusingan rundingan yang dimediasi oleh Qatar dan Turki semalam dan kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mengadakan mesyuarat susulan dalam masa terdekat bagi memastikan kelestarian gencatan senjata dan mengesahkan pelaksanaannya. Rundingan damai di Doha…
Read More