PUTRAJAYA 17 Okt. – Mesyuarat Kabinet hari ini menyarankan tiga langkah termasuk larangan penggunaan telefon pintar bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah bagi menangani isu keselamatan di sekolah, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, larangan itu adalah bagi membendung masalah disiplin, pengaruh media sosial serta permainan dalam talian yang sering menjurus kepada tingkah laku negatif, termasuk kes buli dan jenayah di sekolah. Langkah lain ialah meningkatkan pemantauan keselamatan di sekolah, menaikkan had umur penggunaan media sosial kepada 16 tahun serta penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan nilai dan akhlak. Katanya,…
Read MoreDay: October 17, 2025
IPR gabungan politik untuk kesejahteraan rakyat
KUALA LUMPUR 17 Okt. – Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) satu gagasan pelbagai kaum adalah kebangkitan rakyat yang menolak pengkhianatan, menolak boneka, dan menolak penindasan, kata Presiden Putra Dr Ibrahim Ali. Katanya, dengan Misi Perjuangan Selamatkan Malaysia, IPR bukan untuk mempertahankan kaum masing-masing, tetapi untuk mempertahankan kesejahteraan kehidupan rakyat dan negara. “Ramai antara mereka pernah dilabel rasis, tetapi akhirnya memilih jalan matang dan berjiwa besar. Inilah tanda politik baharu sedang tumbuh dan kejujuran menjadi asas baru perjuangan kepentingan rakyat dan negara di utamakan. Dari sinilah api perjuangan baharu mula menyala kerana…
Read MorePerhimpunan Agung UMNO ditangguh lagi
KUALA LUMPUR 17 Okt. – Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadualkan pada 26 hingga 29 November depan ditangguhkan kepada 14 hingga 17 Januari 2026, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata penangguhan itu susulan tarikh perhimpunan bertembung dengan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan berlangsung dari 15 hingga 29 November 2025. “UMNO mengambil maklum pengisytiharan yang telah dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 akan berlangsung dari 15 hingga 29 November 2025. Memandangkan tarikh-tarikh tersebut…
Read MoreBerita pilihan….
Gempa bumi gegarkan Mindanao
MANILA – Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) melaporkan satu gempa bumi berukuran 6.1 menggegarkan Mindanao, Filipina, hari ini, kali ketiga dalam tempoh terdekat. Seminggu lalu, dua gempa bumi kuat di luar pesisir selatan Filipina mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang, manakala beberapa bandar berhampiran pusat gempa mengalami kerosakan struktur dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai gegaran susulan yang kuat. Gempa pertama berukuran 7.4 berlaku di perairan berhampiran bandar Manay, wilayah Davao Oriental, mencetuskan amaran tsunami bagi kawasan pantai dalam lingkungan 300 kilometer (km) dari pusat gempa, namun amaran itu kemudian ditarik balik…
Read MoreTrump sedia bertemu Putin
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Budapest, Hungary susulan satu panggilan telefon panjang yang disifatkan “produktif” antara kedua-dua pemimpin. Menerusi pengumuman di laman Truth Social pada Khamis, Trump bagaimanapun belum menetapkan tarikh rasmi pertemuan itu. Panggilan telefon itu dibuat sehari sebelum Trump dijadual bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di Washington, di mana pemimpin Ukraine itu dijangka mengulangi rayuannya agar AS menjual peluru berpandu Tomahawk bagi membolehkan negara itu melancarkan serangan lebih jauh ke dalam wilayah Rusia. Dalam kenyataannya, Trump…
Read More