2 ADUN digantung UMNO boleh wakili GRS

KOTA KINABALU 11 Okt. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiada halangan menerima dua wakil rakyat yang digantung keahlian dalam UMNO, untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang masing-masing. Pengerusi GRS,  Hajiji Noor, mengaku dua pemimpin berkenaan, Shahelmey Yahya (DUN Tanjung Keramat) dan Andi Muhammad Suryady Bandy (DUN Tanjung Batu) ada memaklumkan keinginan mereka untuk bertanding atas tiket GRS pada pilihan raya itu nanti. Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan selepas perbincangan mengenai kedudukan mereka diperhalusi oleh kepimpinan GRS.…

Read More

Rogol dalam kelas, 4 pelajar direman

MELAKA 11 Okt. – Empat pelajar Tingkatan 5 direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir ke atas seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 dalam kelas sebuah sekolah di Alor Gajah di sini pada minggu lalu. Ketua Polis Melaka,  Dzulkhairi Mukhtar, berkata perintah tahanan reman terhadap semua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana. Beliau berkata, ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan. Media sebelum ini melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir itu didakwa berlaku…

Read More

TH sambut baik inisiatif tunai haji

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik inisiatif kerajaan mempermudahkan urusan ibadah haji termasuk meningkatkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini bagi tujuan menunaikan ibadat haji. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad, berkata kemudahan tambahan yang diperkenalkan menerusi Belanjawan MADANI 2026 diumumkan semalam diyakini dapat membantu bakal jemaah mencukupkan simpanan bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu. Katanya, inisiatif itu juga selari dengan usaha TH yang giat meningkatkan kesedaran pendeposit untuk menambah jumlah simpanan bagi melancarkan…

Read More

Letupan kilang bahan letupan di AS

WASHINGTON – Satu letupan besar menggegarkan sebuah kilang bahan letupan tentera di Amerika Syarikat (AS) semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 19 mangsa dilaporkan hilang manakala beberapa lagi disahkan maut. Menurut kenyataan pihak berkuasa, letupan itu menyebabkan pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat. Siaran media tempatan menunjukkan serpihan hangus berselerakan di kilang milik Accurate Energetic Systems di Bucksnort, daerah Hickman, Tennessee, dengan kenderaan yang rentung dan rosak teruk berselerakan di seluruh kawasan kilang itu. Sheriff Daerah Humphreys, Chris Davis, berkata setakat ini pihaknya mengesahkan sedang mencari 19 individu…

Read More

Kembali ke kediaman yang musnah

NUSEIRAT – Puluhan ribu penduduk Palestin yang keletihan mula kembali ke rumah mereka yang musnah ketika Israel mula melaksanakan gencatan senjata di Gaza dan menarik balik tenteranya. Tentera Israel berkata, pasukannya sudah menghentikan tembakan sejak tengah hari sebagai persediaan untuk perjanjian gencatan senjata dan pemulangan tahanan. Tiga jam kemudian, Pentagon mengesahkan Israel sudah menamatkan fasa pertama penarikan balik yang digariskan dalam pelan damai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Penarikan balik itu juga menetapkan syarat bagi Hamas membebaskan tahanan yang masih ditahan di Gaza dalam tempoh 72 jam, yang tamat…

Read More