9 aktivis Malaysia gelombang ketiga FFC ditahan Israel

KUALA LLUMPUR8 Okt.  –  Sembilan rakyat Malaysia kini ditahan oleh tentera Israel apabila kapal yang dinaiki mereka dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) gelombang ketiga ke Gaza dipintas pada pukul 10.50 pagi waktu Malaysia.

Lapan aktivis negara yang menaiki kapal Conscience itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Turut sama, pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Selain itu, kapal Umm Saad pula dinaiki seorang lagi wakil Malaysia iaitu Dr Maziah Muhammad.

Semua mereka yang ditahan itu yang berlepas secara berperingkat menuju ke Gaza dengan membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, Ahli Parlimen dan aktivis kemanusiaan.

Misi kali ini dijalankan di bawah gabungan ‘FFC and Thousand Madleens to Gaza (TMTG), dengan 10 bot berlepas pada 27 September lalu dari Itali, manakala kapal Conscience dilancarkan di Porto Otranto, Itali dengan peserta berlepas pada 30 September.

Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.

Sebelum ini, gelombang pertama flotilla pada Jun lalu menyaksikan aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg bersama 11 yang lain ditahan Israel ketika menaiki kapal bantuan Madleen ke Gaza.

Ia disusuli dengan gelombang kedua hasil inisiatif antarabangsa Global Sumud Flotilla dan kesemua mereka turut ditahan oleh tentera Israel dan kini sudah dibebaskan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment