SEPANG 27 Sept. – Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut agar siasatan bebas dan telus dijalankan segera, berhubung keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda RM1.9 juta (CHF 350,000) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Takiyuddin Hassan berkata siasatan itu juga turut melibatkan keputusan FIFA menggantung serta mendenda tujuh pemain selama setahun akibat penggunaan dokumen yang dipalsukan berdasarkan Artikel 22, Kod Etika Fifa (FDC). Menurut Takiyuddin, rakyat khususnya peminat bola sepak tempatan amat kecewa dengan insiden memalukan ini dan mereka berhak marah kerana nama baik negara…
Read MoreDay: September 27, 2025
PM pertahan ASEAN jemput Donald Trump
SANDAKAN 27 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara bulan depan. Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Palestin. Katanya, Malaysia perlu bijak berunding dan mengekalkan suara yang tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan cara berstrategi. Menurut Perdana Menteri, walaupun bukan negara besar, Malaysia tetap dihormati dunia kerana pendirian yang konsisten dalam mempertahankan keadilan serta kebebasan bersuara di pentas antarabangsa. Malaysia katanya, lantang mempertahankan Palestin, tetapi pada masa…
Read MorePemuda Pas Selangor bantah kehadiran Trump
SEPANG 27 Sept. – Dewan Pemuda Pas Selangor membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, ke Malaysia dalam mana-mana forum rasmi kerajaan susulan tindakan AS sebagai penyokong tegar Israel. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar dalam kenyataannya berkata, kehadiran Trump bukan satu penghomatan sebaliknya suatu penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang konsisten menolak penjajahan Zionis Israel ke atas bumi Palestin. Beliau berkata, baru-baru ini, dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika sekali lagi menggunakan kuasa veto untuk menggagalkan resolusi gencatan senjata di Gaza. “Ini bermakna Amerika secara langsung bersekongkol dengan…
Read MoreSekatan senjata global, tekanan ekonomi
NEW YORK 27 Sept. – Masyarakat antarabangsa digesa menghentikan segera serangan Israel di Gaza dengan mengenakan sekatan senjata global dan tekanan ekonomi yang lebih keras, kata Menteri Luar Mohamad Hasan. Mohamad berkata dunia tidak boleh lagi berdiam diri ketika puluhan ribu nyawa tidak bersalah terus terkorban. Justeru katanya, libat urus dengan anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi mengguna pakai Perkara VII Piagam PBB, perlu dilakukan sebagai langkah penting untuk membuka jalan kepada sekatan senjata global dan sekatan ekonomi. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Mesyuarat Peringkat Tinggi bagi Menghentikan Pembunuhan…
Read MoreBerita pilihan…
Gaza: Erdogan, Trump capai persefahaman
ISTANBUL – Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya Donald Trump, mencapai ‘persefahaman bersama’ yang merangkumi cara melaksanakan gencatan senjata di Gaza, seterusnya mewujudkan keamanan di seluruh Palestin. “Kami menjelaskan bagaimana untuk terlebih dahulu mencapai gencatan senjata di Gaza dan seluruh Palestin, kemudian bergerak ke arah keamanan berkekalan. “Terdapat persefahaman bersama mengenai perkara ini,” kata Erdogan. Presiden Turkiye itu bertemu Trump di Rumah Putih pada Khamis, dan memberitahu wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari AS. Jumlah negara yang mengiktiraf Palestin kini telah melepasi 150 dan untuk sokongan ini diterjemahkan di…
Read MorePalestin mohon keahlian penuh BRICS
MOSCOW – Palestin memohon keahlian penuh dalam BRICS, blok ekonomi (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) tetapi masih belum menerima jawapan dan buat masa ini akan terus mengambil bahagian sebagai tetamu. Duta Palestin ke Russia, Abdel-Hafiz Nofal, mengesahkan Pihak Berkuasa Palestin sudah mengemukakan permohonan itu secara rasmi. “Namun seperti yang anda tahu, Palestin mempunyai syarat tertentu. Saya percaya sehinggalah syarat ini membolehkan kami menjadi ahli penuh, Palestin akan mengambil bahagian dalam kesatuan itu sebagai tetamu. Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang jawapan,” katanya. BRICS ditubuhkan pada 2006 oleh…
Read More