ANKARA – Kos yang ditanggung sebuah keluarga untuk meninggalkan rumah mereka di Gaza ketika serangan Israel dianggarkan mencecah AS$3,180 iaitu AS$1,000 untuk teksi, AS$2,000 untuk khemah keluarga, dan AS$180 untuk ruang tanah.
Menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), krisis kemanusiaan semakin buruk ketika kekurangan bahan api, larangan bekalan tempat perlindungan dan ruang sementara yang sesak.
Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, UNRWA turut menekankan pelbagai cabaran termasuk kemerosotan pendapatan isi rumah selepas hampir dua tahun perang.
Justeru UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza.
Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah melancarkan serangan genosid terhadap Gaza yang mengakibatkan lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Ratusan ribu penduduk telah dipaksa berpindah, manakala kebuluran meragut sekurang-kurangnya 440 nyawa warga Palestin, termasuk 147 kanak-kanak.
Nnn
