PM: Hadi tolak, MT PN bincang minggu depan

ALOR SETAR 15 Sept. – Presiden Pas Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Katanya, usia yang melebihi 70 tahun sudah tidak layak sedangkan terdapat panduan dalam memilih pemimpin yang layak seperti disebut di dalam al-Quran, antaranya perlu berilmu, kuat tubuh badan dan berintegriti. Bagaimanapun, beliau menegaskan, keutamaan Pas adalah menang PRU16 terlebih dahulu sebelum menentukan siapa calon Perdana Menteri yang layak. “Kita bersedia untuk memimpin Malaysia tapi keutamaan kita adalah menang pilihan raya dahulu dan mendapat…

Read More

Komitmen Pas pimpin Malaysia berbilang kaum

ALOR SETAR 15 Sept. — Abdul Hadi Awang berkata, Pas sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti bukan Islam seperti MIC dan MCA selagi mereka tidak bersifat ekstrem. Presiden Pas itu berkata, perbincangan dengan pihak berkenaan sudah diadakan namun masih berada di peringkat awal. “Kita terima orang yang berbeza dengan kita, syaratnya tidak ekstrem. Kita boleh bincang termasuk dengan NGO, parti bukan Islam termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 di Kompleks Pas Kedah, dekat sini hari ini.…

Read More

Pertahan SG4, tambah 3 negeri

ALOR SETAR 15 Sept. – Pas berkewajipan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang telah dikuasai parti itu dan Perikatan Nasional (PN) terutama di ‘Negeri Pangkalan’ iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan seterusnya akan disumbangkan oleh Pahang, Perak, dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi Pas dan PN di peringkat Parlimen. Pada masa yang sama Pas perlu melonjakkan pencapaian di negeri selatan dan juga di negeri Sabah yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. “Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis…

Read More

Keanggotaan Pas 1.3 juta, DHPP sayap baharu

ALOR SETAR 15 Sept. – Jumlah keanggotaan Pas ketika ini adalah 1.3 juta orang di seluruh negara, dengan menerima keahlian baharu antara 2,000 hingga 3,000 orang secara konsisten setiap bulan, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan. Pengerusi Jawatankuasa Urusetia Muktamar Pas itu berkata, parti itu juga mempunyai keahlian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Menurut Takiyuddin, keahlian Pas juga bertambah menerusi satu lagi kategori ahli baharu iaitu ahli bersekutu Pas apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan Pas pada 8 Ogos lalu. “Syarat menjadi ahli bersekutu Pas…

Read More

Presiden anggap protes jalanan wajar

MANILA – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, menyifatkan protes jalanan terhadap skandal projek tebatan banjir sebagai wajar dan tidak menyalahkan rakyat atas kemarahan mereka. Skandal infrastruktur itu mencetuskan beberapa siri protes di Manila dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk satu membabitkan kira-kira 3,000 pelajar di kampus Universiti Filipina. “Untuk menunjukkan bahawa anda marah, kecewa, dan mahukan keadilan… Apa salahnya itu? Saya tidak menyalahkan mereka. Sedikit pun tidak.” kata Marcos dalam satu sidang media. Walaupun kebanyakan demonstrasi itu berskala kecil, protes tahunan yang berkaitan dengan pengisytiharan undang-undang tentera pada 1972 oleh…

Read More

Hamas gantung rundingan tawanan

GAZA – Hamas mengumumkan penggantungan rundingan pertukaran tawanan dengan Israel selepas rejim itu menyasarkan delegasi rundingannya di ibu negara Qatar, Doha minggu lalu. Pegawai kanan Hamas, Tahir al-Nono dalam satu kenyataan berkata, rundingan tidak boleh diteruskan jika delegasi yang bertanggungjawab terhadapnya diserang di negara yang bertindak sebagai pengantara. Hamas mendakwa serangan udara Israel pada Selasa lalu mengenai kawasan kediaman di Doha yang digunakan oleh pemimpinnya ketika membincangkan cadangan gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat. Delegasi diketuai pegawai kanan Hamas Khalil al-Hayya terselamat, namun lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan…

Read More