ALOR SETAR 12 Sept. – Muktamar Dewan Pemuda (DPP) Pas meluluskan usul menggesa Pas mempersiapkan parti untuk mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan menampilkan calon Perdana Menteri berdasarkan kekuatan politik semasa yang jelas. Usul yang diluluskan sebulat suara itu dibentangkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Khairul Nadzir Helmi Azhar pada sesi perbahasan Muktamar DPP ke-66 di Kompleks Pas dekat sini, hari ini. Khairul Nadzir berkata, usul itu menegaskan bahawa Pas kini mempunyai kedudukan politik nasional yang signifikan dan sewajarnya tampil sebagai peneraju utama dalam PN. Katanya, selain pencapaian semasa, senioriti…
Read MoreDay: September 12, 2025
Calon PM: Menang dulu pilihan raya umum
ALOR SETAR 12 Sept. – Pas lebih menumpukan usaha gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berbanding menamakan calon Perdana Menteri (PM), kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, walaupun terdapat desakan dan persoalan mengenai siapa calon PM, Pas berpendirian keputusan berkaitan dasar termasuk calon jawatan akan dibincangkan bersama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN). Ibrahim mengakui Pas mempunyai ramai tokoh berwibawa yang mampu diketengahkan sebagai calon PM namun fokus utama parti ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya terlebih dahulu. “Dalam PAS kita…
Read MoreBerita pilihan….
UNSC kutuk serangan udara ke atas Doha
NEW YORK – Kesemua 15 negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk serangan udara ke atas ibu negara Qatar, Doha. Ketetapan itu dibuat dalam satu kenyataan sebulat suara oleh negara anggota, termasuk Amerika Syarikat (AS) iaitu sekutu rapat Israel. Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut nama Israel, yang dipercayai melancarkan serangan pada Selasa lalu, dalam usaha membunuh pemimpin politik Hamas. Serangan itu mencetuskan kebimbangan berikutan peningkatan tindakan ketenteraan yang disifatkan AS adalah tindakan sebelah pihak serta tidak selari dengan kepentingan bersama antara Washington dan Tel Aviv. Duta Israel ke…
Read MoreGelombang kemarahan rakyat Nepal
KATHMANDU – Gerakan Gen Z yang digerakkan oleh anak muda Nepal menyaksikan Parlimen diserbu, hotel mewah dibakar dan kediaman pemimpin politik diceroboh yang memaksa Perdana Menteri, KP Sharma Oli meletakkan jawatan Selasa lalu. Gelombang protes besar-besaran itu menggambarkan kemarahan rakyat terhadap gaya hidup elit dengan kekayaan melampau di salah sebuah negara termiskin dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Nepal, angka korban kini meningkat kepada 34 orang dengan lebih 1,300 lagi cedera. Walaupun penganjur protes menjarakkan diri daripada serangan membakar hotel dan bangunan kerajaan, penganalisis berkata ia berpunca daripada rasa tidak puas hati…
Read More