Israel musnahkan bangunan tinggi

GAZA – Sebuah bangunan tinggi di bandar Gaza dimusnahkan Israel pada Jumaat, tidak lama selepas mengumumkan pihaknya akan menyasarkan semua bangunan kediaman yang didakwa digunakan Hamas.

Amaran awal itu dikeluarkan menjelang perancangan melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan bandar terbesar di wilayah Palestin itu.

Israel terus, meningkatkan serangan udara serta memperhebat kepungan ke atas bandar Gaza walaupun berdepan tekanan semakin tinggi dari dalam dan luar negara supaya menghentikan serangan berlanjutan hampir dua tahun di Gaza.

Pada Jumaat, tentera Israel dalam satu kenyataa berkata, pihaknya ‘mengenal pasti aktiviti pengganas Hamas yang ketara di pelbagai tapak infrastruktur di Gaza, khususnya bangunan tinggi, sambil menambah, lokasi berkenaan akan menjadi sasaran dalam tempoh beberapa hari lagi.

Kurang sejam kemudian, tentera memaklumkan, serangan dibuat ke atas satu daripada bangunan tinggi terbabit, dengan menuduh Hamas menggunakannya ‘untuk merancang dan melaksanakan serangan ke atas pasukan tentera di kawasan itu’.

Tentera Israel, sebelum serangan itu berkata, ‘langkah berjaga-jaga sudah diambil bagi mengurangkan kemudaratan kepada orang awam’, termasuk memberi amaran awal.

Jurucakap agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal, menuduh Israel melaksanakan ‘dasar pemindahan paksa terhadap orang awam’ melalui serangan menyasarkan bangunan tinggi.

Menurut  agensi itu, serangan Israel di bandar Gaza dan sekitarnya mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang, dengan sekurang-kurangnya 42 rakyat Palestin terbunuh di seluruh wilayah itu pada Jumaat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment