PKOTA BHARU 6 Sept. – Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, meminta masyarakat supaya tidak membuat komen keterlaluan berhubung prosiding inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir. Katanya, biarlah proses inkues berjalan dahulu sehingga selesai dan masyarakat jangan terburu-buru meninggalkan komen berhubung prosiding yang masih berjalan. Beliau bagaimanapun berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti dan memantau media sosial yang mempertikai prosiding inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu itu. “Kita akan lihat dalam kandungan TikTok atau media sosial lain berhubung perkara berkenaan sebelum tindakan susulan diambil. Buat masa ini,…
Read MoreDay: September 6, 2025
Hentikan budaya surat layang
SHAH ALAM 6 Sept. – Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin mengingatkan ahli serta pemimpin parti itu supaya menghentikan budaya surat layang dan cucuk mencucuk kerana ia boleh merosakkan parti. Beliau sebaliknya menegaskan pimpinan dan ahli parti perlu fokus kepada matlamat utama yang mahu dicapai serta cabaran dihadapi parti ketika ini. Berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Bersatu di sini, beliau menegaskan pimpinan dan ahli sebaliknya perlu fokus kepada matlamat utama yang mahu dicapai serta cabaran dihadapi parti ketika ini. “Kepada semua, apa pun cabaran dihadapan, kita hadapi bersama. Bersatu kita…
Read MorePakej umrah promosi istimewa
KUALA LUMPUR 6 Sept. – Peluang umrah dengan diskaun RM200 bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dan penerbangan Saudia akan berakhir esok (Ahad 7 September) sempena MATTA Fair yang berlangsung sejak semalam. Pakej umrah musim 1448H itu yang bermula Jun hingga Oktober 2026 adalah bernilai RM7,490 sebelum diskaun (bilik berempat atau berlima) berbanding RM7,890 yang ditawarkan pada musim sebelum ini. Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah berkata, bakal jemaah boleh mengambil peluang ini dengan mengunjungi MATTA Fair yang sedang berlangsung di MITEC atau mengunjungi cawangan Andalusia di…
Read MoreBerita pilihan…
Israel musnahkan bangunan tinggi
GAZA – Sebuah bangunan tinggi di bandar Gaza dimusnahkan Israel pada Jumaat, tidak lama selepas mengumumkan pihaknya akan menyasarkan semua bangunan kediaman yang didakwa digunakan Hamas. Amaran awal itu dikeluarkan menjelang perancangan melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan bandar terbesar di wilayah Palestin itu. Israel terus, meningkatkan serangan udara serta memperhebat kepungan ke atas bandar Gaza walaupun berdepan tekanan semakin tinggi dari dalam dan luar negara supaya menghentikan serangan berlanjutan hampir dua tahun di Gaza. Pada Jumaat, tentera Israel dalam satu kenyataa berkata, pihaknya ‘mengenal pasti aktiviti pengganas Hamas yang ketara…
Read MoreMpox bukan lagi darurat kesihatan
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyakit berjangkit cacar monyet atau mpox, yang lazimnya tersebar luas di Afrika bukan lagi darurat kesihatan antarabangsa. Dalam pengumuman di Geneva, WHO berkata keputusan itu dibuat susulan syor daripada panel pakar bebas untuk menamatkan status darurat yang diisytiharkan pada 2024. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu di Switzerland berkata jumlah kes semakin menurun di negara-negara Afrika yang terjejas. Selain itu, sejak WHO mengisytiharkan darurat, pengetahuan mengenai faktor dan risiko jangkitan telah bertambah. Bagaimanapun, beliau memberi…
Read More