Pheu Thai tidak cadang bubar Parlimen

BANGKOK – Parti Pheu Thai (PT) yang memerintah tidak bercadang untuk membubarkan Parlimen, sebaliknya menegaskan rundingan dengan Parti Rakyat (PP) masih berjalan bagi mendapatkan sokongan.

Perdana Menteri Sementara Thailand, Phumtham Wechayachai,menegaskan  pembubaran hanya akan dipertimbangkan sebagai langkah susulan, dengan kepastian mesti dicapai terlebih dahulu melalui rundingan yang sedang berlangsung.

“Apabila PP dan Parti Bhumjaithai (BJT) mengumumkan pakatan mereka, kami (PT) akan membincangkannya,” kata anggota kanan PT itu dalam kenyataan di akaun rasmi X PT, semalam.

Phumtham menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang persediaan untuk pembubaran dan tidak mempertimbangkan langkah di luar peringkat semasa.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa PP akan menyokong Anutin Charnvirakul, ketua BJT, sebagai Perdana Menteri ke-32 negara itu, sambil menegaskan laporan tersebut tidak benar.

Sementara itu, semasa mesyuarat parlimen PT, jurucakap parti Danuporn Punnakanta mengesahkan bahawa parti itu akan menamakan Chaikasem Nitisiri sebagai Perdana Menteri tanpa undian dalaman.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment