Kecederaan otak teruk, kritikal di HQE

KOTA KINABALU 3 Sept . – Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengalami kecederaan otak yang teruk dan dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi 16 Julai lalu. Sakai pertama inkues kematian Zara, Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik HQE, Dr Jessie Hiu, berkata keadaan arwah ketika tiba di HQE pada jam 4.38 pagi pada angka 3/15 (E1V1M1) Glasgow Coma Score “Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Satu amaran trauma kemudian diaktifkan pada jam 4.42 pagi. Dia dibuat penilaian dan diurus oleh pasukan pelbagai…

Read More

Pasukan Khas UMNO kaji RUU PSB

KUALA LUMPUR 3 Sept  – Naib Presiden UMNO  Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan khas itu bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek Rang Undang-Undang PSB secara terperinci sebelum dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar. Dalam kenyataannya hari ini, beliau memberitahu Konvensyen Melayu Bandar bakal melibatkan kepemimpinan tertinggi UMNO daripada Negeri-Negeri dan Bahagian-Bahagian seluruh Malaysia. Konvensyen yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan September akan  turut melibatkan parti-parti politik Melayu, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan, Ahli-Ahli…

Read More

MCMC siasat ADUN Manjoi

PUTRAJAYA 3 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesahkan telah  mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Mohd Hafez Sabri berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di media sosialnya. Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sudah memulakan siasatan terhadap Hafez yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas itu dan keterangan diambil di Bukit Aman semalam. Siasatan itu susulan MCMC mengesan Mohd Hafez memuat naik hantaran perkauman mengaitkan insiden seorang wanita menaiki pentas dan meluru ke arah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Ipoh,…

Read More

400 murid keracunan makanan

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 400 murid prasekolah sehingga sekolah rendah disahkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan percuma di bawah program kerajaan di wilayah Bengkulu, Indonesia Khamis lalu. Susulan itu, Timbalan Gabenor Bengkulu, Mian berkata, operasi dapur yang terlibat akan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan. “Saya amat menghargai Bupati Lebong, Azhari dan seluruh pasukan atas tindak balas pantas mereka dalam menangani hampir 400 kes yang diuruskan dengan sangat baik. “Selepas ini, operasi dapur akan digantung sementara bagi membuka jalan kepada siasatan. Ini adalah bidang siasatan pasukan Badan Gizi Nasional (BGN)…

Read More

Pheu Thai tidak cadang bubar Parlimen

BANGKOK – Parti Pheu Thai (PT) yang memerintah tidak bercadang untuk membubarkan Parlimen, sebaliknya menegaskan rundingan dengan Parti Rakyat (PP) masih berjalan bagi mendapatkan sokongan. Perdana Menteri Sementara Thailand, Phumtham Wechayachai,menegaskan  pembubaran hanya akan dipertimbangkan sebagai langkah susulan, dengan kepastian mesti dicapai terlebih dahulu melalui rundingan yang sedang berlangsung. “Apabila PP dan Parti Bhumjaithai (BJT) mengumumkan pakatan mereka, kami (PT) akan membincangkannya,” kata anggota kanan PT itu dalam kenyataan di akaun rasmi X PT, semalam. Phumtham menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang persediaan untuk pembubaran dan tidak mempertimbangkan langkah di…

Read More