KUALA LUMPUR 26 Ogos – Penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, akan dilaksanakan secepat mungkin. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu memudahkan pelaksanaan gali semula itu, susulan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. Beliau berkata, polis antara lain akan membantu mempermudahkan proses menggali dan mengiringi jenazah ke hospital, selain mengawasi proses bedah siasat kali kedua itu serta pengebumian semula jenazah. “Keputusan sudah dibuat… justeru sama seperti kes adik Zara (Allahyarhamah…
Read MoreDay: August 26, 2025
RUU URA: Jika undian, pembangkang mohon belah bahagian
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pembangkang akan meminta undian belah bahagian jika Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 (URA) yang dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua esok perlu diluluskan Dewan Rakyat. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata ia bagi melihat sendiri tahap sokongan Ahli-ahli Parlimen terutama daripada blok kerajaan terhadap RUU itu. “Esok, kalau RUU dibaca kali kedua, dibahaskan dan digulung menteri untuk (kelulusan), (ketika) undi, kami akan minta belah bahagian, kita mahu tahu mana Ahli Parlimen sokong, mana Ahli Parlimen yang menolak. “Biar rakyat tahu perkara ini.…
Read MoreSG4 tolak RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025
SEPANG 26 Ogos – Negeri-Negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan tegas menolak Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 (URA) yang akan dibentangkan untuk Bacaan Kali Kedua di Parlimen pada 27 Ogos ini. SG4 berkata, RUU ini jika diluluskan akan menjadi suatu undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. “RUU ini dijangka akan member implikasi besar terhadap kuasa autonomi negeri, hak pemilikan tanah, kelangsungan komuniti asal bandar serta hak asasi penduduk setempat,” kata SG4 dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Besar Kelantan,…
Read MoreBendera: Pasar raya pula diarah tutup
PONTIAN 26 Ogos – Selepas klinik gigi dihukum kerana memasang Jalur Gemilang terbalik, kini giliran pasar raya mini di Pekan Nanas pula diarahkan tutup selama 30 hari selepas mengibarkan bendera Johor secara terbalik yang tular di media sosial. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan bermula pada Isnin dan telah diserahkan kepada pemilik premis. Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan (MDP) 2019, iaitu berhubung pengibaran bendera. Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2)…
Read MoreBerita pilihan…
Dakwa individu bakar, hina bendera AS
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sudah menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Peguam Negara AS mendakwa mereka yang membakar atau menghina bendera negara itu. Perintah itu mengarahkan Peguam Negara untuk ‘mendakwa dengan tegas’ individu yang melanggar undang-undang berkaitan merosakkan bendera. “Jika anda bakar bendera, anda akan dipenjara setahun, tiada pengurangan hukuman, tiada apa-apa,” kata Trump ketika menandatangani perintah itu di Pejabat Oval. Peguam Negara turut diarah mengambil tindakan undang-undang bagi menjelaskan skop Pindaan Pertama Perlembagaan berhubung isu itu, sekali gus mencetuskan kritikan daripada pejuang hak kebebasan bersuara. Pindaan…
Read More