KUALA LUMPUR – Pertelingkahan berkaitan isu penjenamaan semula Tabung Haji (TH) tidak wajar dijadikan gelanggang perseteruan yang berpanjangan sebaliknya perlu diselesaikan secara baik dengan mengutamakan suara hati majoriti pendeposit. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, TH berdiri kerana kepercayaan lebih 9 juta pendeposit yang menabung dengan doa agar suatu hari dapat ke Baitullah. “Maka setiap keputusan mesti memelihara sensitiviti majoriti pendeposit dan wajar diimbangi dengan pertimbangan lain seperti menutup jalan fitnah (sadd al-zarā’i), menjaga maruah agama (ḥifẓ al-dīn), dan memastikan maslahat tidak…
Read MoreDay: August 22, 2025
‘Politik komang spanar’, halang pimpinan Terengganu
KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Akibat politik ‘low class’ atau disebut orang Terengganu sebagai ‘politik komang spanar’, menyebabkan pimpinan kerajaan negeri tidak dapat bersama pada himpunan besar-besaran peminat motosikal RXZ di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus pada Jumaat dan Sabtu ini. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi hantaran di laman sosial rasminya memohon maaf kerana tidak dapat bersama menunggang RXZ bagi meraikan semua peserta RXZ 7.0 kali ini. “Apa nak buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan…
Read More5 kertas siasatan bendera terbalik diserah kepada AGC
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Polis menyerahkan lima kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya berhubung kes pemasangan dan pengibaran Jakur Gemilang secara terbalik menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata setakat ini, enam kes dilaporkan membabitkan masing-masing dua kes di Johor dan Pulau Pinang serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan. “Setakat ini enam kes sudah diambil tindakan susulan dan daripada jumlah itu, lima kes sudah dibuka kertas siasatan selain proses merakam keterangan juga sudah dilaksanakan,” katanya pada sidang media di Bukit…
Read MorePemuda Johor pertahan tindakan MPPn
JOHOR BAHRU 22 Ogos – Tindakan tegas Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengarahkan sebuah klinik gigi swasta ditutup 30 hari kerana kesalahan memasang bendera secara terbalik perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak. Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros, berkata penguatkuasaan undang-undang tegas oleh MPPn itu adalah wajar susulan ia semakin kerap berlaku kebelakangan ini. “Ia bagi memastikan bendera Malaysia sentiasa dipasang dengan sempurna, lebih-lebih lagi dalam suasana negara menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-68. “Pemuda UMNO Johor yakin MPPn sudah bertindak mengikut lunas undang-undang dan dalam bidang kuasa diperuntukkan sebagai Pihak…
Read MoreTidak takut hadapi perbicaraan
BUKIT MERTAJAM 22 Ogos – “Saya tidak akan takut,” Itu penegasan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh di luar Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa mendatangkan kegusaran awam. Beliau menegaskan, tidak sama sekali gentar berdepan pertuduhan di mahkamah berhubung isu Jalur Gemilang yang dikaitkan dengannya dan bersedia memikul sepenuhnya tanggungjawab serta yakin tuduhan yang dikenakan tidak berasas. “Solidariti hari ini bukan untuk saya, tapi untuk Jalur Gemilang. Saya akan ambil tanggungjawab sepenuhnya dan tidak takut untuk menghadapi perbicaraan. Kepada mereka yang…
Read MoreDAPSY gesa tarik balik tutup klinik
KUALA LLUMPUR 22 Ogos – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Kerajaan Negeri Johor mengarahkan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) menarik balik arahan penutupan sebuah klinik pergigian swasta selama 30 hari yang didapati mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY dalam satu kenyataan menyifatkan arahan MPPn itu keterlaluan, tidak setimpal dengan kesalahan serta melampaui kuasa dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap tatakelola kerajaan tempatan. “Keputusan menutup premis tanpa pertimbangan budi bicara yang munasabah adalah bertentangan dengan prinsip “proportionality”dalam penghukuman. Penguatkuasaan PBT perlu berfakta, berasas, mengikut konteks dan mengambil kira keadaan…
Read MorePesawat musnah, F/A-18D Hornet digantung
KUANTAN 22 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan Lembaga Penyiasat bagi mengenal pasti punca nahas pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang mencederakan dua juruterbangnya di Pangkalan Udara Kuantan di sini, malam tadi. Panglima TUDM, Jeneral Muhamad Norazlan Aris, berkata, lembaga penyiasat akan dianggotai pegawai kanan TUDM dengan pihak berkenaan sudah pun memulakan siasatan hari ini dan dijangka mengambil masa dua minggu, Bercakap pada sidang media di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, hari ini, beliau juga memberitahu, susulan kejadian yang memusnahkan sepenuhnya pesawat itu, operasi penerbangan F/A-18D turut digantung sementara…
Read MoreAkmal minta dibicarakan
BUKIT MERTAJAM 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, 37 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial yang menimbulkan kegentaran dan keselamatan awam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu memohon kesnya dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. Mengikut pertuduhan, Akmal didakwa mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya yang ia dilihat menimbulkan kegentaran awam apabila mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, pukul 3 petang pada 11 Ogos…
Read More