Nahas pesawat F/A-18D Hornet

KUANTAN 21 Ogos – Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit dengan kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini, malam ini. Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan media, memaklumkan kemalangan berlaku pukul 9:05 malam membabitkan pesawat F/A-18D Hornet. Menurut kenyataan itu, kemalangan berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. “TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai insiden kemalangan itu,” menurut kenyataan itu.

Read More

TH: Carilah syarikat faham prinsip Islam

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Proses penjenamaan semula (rebranding) Tabung Haji (TH) perlu dilaksanakan oleh syarikat atau konsultan yang benar-benar memahami prinsip Islam dan mempunyai pengalaman berkaitan ibadah haji. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, menegaskan pihaknya tidak persoalkan kepada siapa hendak diberi tetapi carilah yang faham prinsip Islam. Beliau berkata, perkara itu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa sebelum ini, isu sebenar bukan mengenai siapa yang dilantik, sebaliknya pemilihan calon atau syarikat itu mesti benar-benar faham prinsip Islam. “Kita tak persoalkan dia nak bagi pada siapa. Yang kita persoalkan, carilah…

Read More

Tangguh dulu bacaan RUU PSB 2025

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang membantah Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 bagi bacaan kali pertama hari ini. Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangun menggunakan peraturan mesyuarat 54 menggesa bacaan kali kedua atau sesi perbahasan minggu depan ditangguh dan RUU itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. “Kita tahu RUU ini sudah menjadi percakapan awam di luar sana yang begitu hebat. RUU ini tidak dimaklumkan dengan jelas dan diberi kefahaman jelas sehingga menimbulkan kontroversi,” katanya. Beliau berkata, surat yang dikemukakan Jawatankuasa…

Read More

Tidak ada cadangan anjur semula F1

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Dewan Rakyat diberitahu, kerajaan tidak bercadang menganjurkan semula kejohanan Formula 1 (F1) memandangkan kos yuran hak penganjuran, penyediaan fasiliti yang tinggi dan kalendar perlumbaan yang padat. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk perbelanjaan yang perlu ditanggung mencecah RM300 juta setiap tahun sekiranya mahu menganjurkan semula kejohanan berprestij itu. Katanya , penganjuran F1 di Malaysia setiap tahun akan memerlukan kerajaan untuk melabur sekitar RM300 juta setahun untuk membayar yuran hak penganjuran kepada Liberty Media, iaitu pemegang hak komersil F1.…

Read More

Maaf: PM masih tunggu laporan MCMC

KUALA LUMPUR 21 Ogos  – Anwar Ibrahim masih menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diteliti terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada perlu memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan sumber yang dirujuk berhubung kenyataan yang dibuat di Parlimen baru-baru ini. Ia berhubung kenyataan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95. “Kita akan lihat kepada laporan MCMC,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di…

Read More

“Komitmen saya kepada keadilan Zara”

KOTA KINABALU 21 Ogos – Shahlan Jufri, salah seorang peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tampil memberi penjelasan selepas tular gambarnya bersama Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor. Katanya, gambar berkenaan adalah rakaman lama pada Jun 2025 dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina. “Cubaan pihak tertentu mengaitkannya adalah fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat. Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada malam Rabu. Terdahulu, gambar tular berkenaan turut memaparkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Read More

Polis siasat kes bendera terbalik

PONTIAN 21 Ogos – Polis membuka kertas siasatan susulan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian di Pusat Perdagangan Pontian semalam, yang kesnya turut tular di media sosial. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Abdul Rahaman, berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pekerja klinik dan mereka tidak ada sebarang niat untuk menghina simbol Kebangsaan berkenaan. “Pemilik premis telah tampil…

Read More

Bendera terbalik di klinik dibetulkan

PONTIAN 21 Ogos – Pemasangan bendera terbalik di sebuah klinik swasta di Pusat Perdagangan Pontian sudah dibetulkan dengan pemantauan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dan pihak polis. Menurut satu kenyataan MPPn, susulan insiden itu, empat individu termasuk tiga wanita telah dibawa ke Ibu pejabat polis (IPD) Pontian oleh pihak PDRM untuk siasatan lanjut. Terdahulu, pihak MPPn telah menerima laporan pemasangan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik di klinik berkenaan dan susulan itu, dua orang anggota penguat kuasa telah ke lokasi kejadian. Hasil semakan langsung, pihak MPPn mendapati kesalahan pemasangan bendera Malaysia dalam…

Read More

Israel digesa terima gencatan senjata

ISTANBUL – Mesir menggesa Israel untuk meluluskan cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza yang telah diterima oleh Hamas, berdasarkan cadangan Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) Steve Witkoff” Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menekankan keperluan menerima perjanjian bagi mencapai gencatan senjata segera di Gaza, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan serta membebaskan sebilangan tawanan dan tahanan Palestin. Kementerian itu berkata gencatan senjata akan “menyumbang kepada usaha mengekalkan keselamatan dan kestabilan” di rantau berkenaan serta menghidupkan semula usaha ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.…

Read More