KUANTAN 21 Ogos – Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit dengan kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini, malam ini.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan media, memaklumkan kemalangan berlaku pukul 9:05 malam membabitkan pesawat F/A-18D Hornet.
Menurut kenyataan itu, kemalangan berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.
“TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai insiden kemalangan itu,” menurut kenyataan itu.
