SAN FRANCISCO – Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengaktifkan semula sebahagian saman terhadap platform X (dulu twitter) milik Elon Musk.
Ia berkait tuduhan platform itu menjadi tempat berlakunya eksploitasi seksual kanak-kanak, walaupun mahkamah menyatakan platform itu layak menerima imuniti meluas daripada dakwaan berkaitan kandungan tidak wajar.
Walaupun menolak beberapa dakwaan, Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan AS di San Francisco menyatakan bahawa X, perlu berdepan dakwaan kecuaian.
Ini kerana ia gagal melaporkan segera satu video mengandungi imej lucah dua remaja lelaki bawah umur kepada Pusat Nasional Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC).
Kes berkenaan berlaku sebelum pembelian Twitter oleh Musk pada 2022 dan seorang hakim Persekutuan menolak saman berkenaan pada Disember 2023.
Bagaimanapun, Peguam X tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk komen dan Musk tidak dinamakan sebagai defendan dalam kes terbabit.
