Sekurang-kurangnya 1 kerusi tiap Parlimen

MEMBAKUT 2 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan mencadangkan sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disediakan untuk calon BN Sabah bagi setiap kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, cadangan itu adalah hasrat UMNO-BN Sabah bagi memastikan setiap Parlimen di negeri itu diwakili sekurang-kurangnya seorang calon daripada parti berkenaan. “Berbeza dengan PRN yang lalu, terdapat beberapa kawasan Parlimen atau bahagian yang langsung tidak diwakili oleh calon BN. Keadaan ini boleh melemahkan semangat ahli dan jentera UMNO-BN di kawasan…

Read More

Pengaktifan semula saman platform X

SAN FRANCISCO – Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengaktifkan semula sebahagian saman terhadap platform X (dulu twitter) milik Elon Musk. Ia berkait tuduhan platform itu menjadi tempat berlakunya eksploitasi seksual kanak-kanak, walaupun mahkamah menyatakan platform itu layak menerima imuniti meluas daripada dakwaan berkaitan kandungan tidak wajar. Walaupun menolak beberapa dakwaan, Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan AS di San Francisco menyatakan bahawa X, perlu berdepan dakwaan kecuaian. Ini kerana ia gagal melaporkan segera satu video mengandungi imej lucah dua remaja lelaki bawah umur kepada Pusat Nasional Kanak-Kanak Hilang dan…

Read More

Bantuan jalan darat lebih berkesan

ANKARA – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mempersoalkan logik di sebalik keutamaan kepada penghantaran bantuan melalui udara ke Gaza. Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini, menyifatkan langkah itu sebagai ‘tidak berkesan, tidak mencukupi, dan sekurang-kurang 100 kali lebih mahal berbanding penghantaran menggunakan lori’, Dalam kenyataannya, beliau berkata penggunaan lori membawa bantuan adalah dua kali ganda lebih banyak daripada pesawat. “Jika ada kemahuan politik untuk membenarkan penghantaran udara yang sangat mahal, tidak mencukupi dan tidak berkesan, maka sepatutnya ada juga kemahuan politik yang…

Read More