KUALA LUMPUR 1 Ogos – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) membuktikan kecemerlangannya dalam mengendalikan pakej pelancongan dan umrah di rantau ini apabila menerima dua anugerah sempena The BrandLaureate 20th Anniversary Special Limited Edition BestBrands Awards 2025 di Singapura malam tadi.
Syarikat pengendali haji dan umrah itu diumumkan penerima anugerah kategori “BestBrand Award 2025, Excellence in International Umrah Travel & Tour” untuk Andalusia dan “The Brand Leadership Award 2025 – Industry Icon” untuk Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris.
Untuk rekod, sebelum ini, Andalusia yang memulakan operasi pada tahun 2002 menerima anugerah “The BrandLaureate Best Brands Awards 2023-2024” dan “The BrandLaureate Entreprenueur Awards 2024” untuk Ida Riswana.
Selain Ida Riswana yang hadir pada majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-la adalah Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin dan Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah.
Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen Andalusia memberikan perkhidmatan terbaik dalam industri umrah dan pelancongan Muslim, setelah berjaya menyantuni hampir 1 juta jemaah sepanjang 23 tahun beroperasi.
Dalam semua perkhidmatan, kami menekankan keikhlasan, kejujuran, dan kebajikan dalam membantu umat Islam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” ujarnya.
Andalusia dalam kenyataannya berkata, BestBrand Award membuktikan kedudukan Andalusia sebagai peneraju dalam sektor pelancongan Islam serantau, manakala Brand Leadership Award mengiktiraf kepemimpinan strategik Ida Riswana Idris, yang berjaya mengangkat jenama Andalusia ke peringkat antarabangsa.
Ida Riswana berkata, pencapaian ini bukan sekadar simbol kejayaan sesebuah jenama, tetapi juga lambang kepada misi jangka panjang Andalusia untuk memperkasa industri pelancongan Muslim berasaskan kualiti, integriti dan tujuan yang murni.
Katanya, sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu, Andalusia kekal komited dalam menawarkan perkhidmatan umrah dan pelancongan Islam yang dipercayai, profesional serta berteraskan nilai keagamaan dan khidmat kepada ummah.
Dalam semua perkhidmatan, Andalusia menekankan keikhlasan, kejujuran, dan kebajikan dalam membantu umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Kami amat bersyukur dan berbesar hati atas pengiktirafan ini. Ia menjadi peringatan bahawa apabila kita memimpin dengan niat, nilai, dan visi yang jelas, jenama tempatan juga mampu mengangkat nilai Islam serta nama negara di peringkat antarabangsa,” kata Ida Riswana
Beliau juga menyifatkan anugerah ini milik seluruh warga kerja Andalusia, rakan kerjasama strategik serta para jemaah yang selama ini menjadi sebahagian daripada perjalanan syarikat ini.
“Ia membakar semangat kami untuk terus berkembang, bukan sekadar dari segi pencapaian, tetapi juga dari segi tanggungjawab selaras dengan tema BrandLaureate : Honouring Our Past, Celebrating Our Present, Inspiring Our Future,”
Kejayaan ini memperlihatkan bagaimana Andalusia berkembang daripada sebuah jenama tempatan kepada institusi yang dihormati di peringkat global, dengan keseimbangan antara pertumbuhan perniagaan dan kesan spiritual,” katanya.
Ida Riswana berkata sebagai sebuah syarikat yang lahir dari bumi Malaysia, Andalusia tidak pernah lupa akar perjuangannya, membantu lebih ramai umat Islam menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan selamat, berilmu dan berkat.
“Kini, perjuangan Andalusia diteruskan dengan lebih kukuh, disokong oleh pengiktirafan global yang akan membuka lebih banyak ruang untuk Andalusia memperluas legasi,” katanya.
NNNN
