SEPANG 25 Julai – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) memperakui cadangan penubuhan Barisan Pembangkang Bersatu (BPB) dan akan melaksanakan beberapa perbincangan susulan dengan parti politik di luar blok kerajaan serta pemegang taruh dalam masyarakat. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kertas cadangan pembentukan BPB itu dibentangkan oleh pengerusi parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat hari ini.. “Matlamat BPB bertujuan mencapai muafakat dengan parti politik di luar kerajaan dan mengambil pendirian sama dalam perkara berkaitan kepentingan rakyat serta negara,“ katanya dalam kenyataan. Pada 15 Julai lalu, mesyuarat…
Read MoreDay: July 25, 2025
Isu Farhash berisiko beri impak buruk
SEPANG 25 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah boleh membuka kertas siasatan terhadap bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, maklumat -maklumat yang didedahkan setakat ini sudah cukup untuk membolehkan SPRM membuka kertas siasatan terhadap Farhash, seperti mana kertas siasatan dibuka terhadap tokoh-tokoh lain yang dituduh menjadi kaya secara tiba-tiba. “Kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkan dan dikaitkan dengan Farhash perlu ditangani segera dan penafian mentah tidak lagi akan diterima oleh rakyat,” kata…
Read MoreOperasi pengangkutan awam seperti biasa
SSEPANG 25 Julai – Semua pengangkutan awam termasuk stesen-stesen kereta api KTMB dan Prasarana diarah untuk terus beroperasi seperti biasa esok, 26 Julai, hari Perhimpunan Turun Anwar di ibu negara. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pengangkutan awam harus terus berfungsi supaya majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan berkenaan. “Saya menggalakkan para peserta perhimpunan esok untuk menggunakan pengangkutan awam supaya kesesakan lalu lintas di ibu kota dapat diminimakan!,”katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya. Terdahulu tular satu pengumuman notis penutupan sementara waktu operasi stesen KTMB Bank Negara…
Read MoreBerhimpun tanpa cetus provokasi – Muhyiddin
SEPANG 25 Julai – Semua peserta perhimpunan aman Turun Anwar yang akan berlangsung di Kuala Lumpur esok diminta menjaga adab, tatasusila dan patuh kepada undang-undang serta tidak mencetuskan provokasi yang mengganggu ketenteraman awam. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya. “Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan melalui Facebooknya. Muhyiddin yang akan turut hadir perhimpunan itu bersama rakan-rakan pimpinan PN juga memohon pihak polis…
Read MorePDRM pemudah cara pastikan himpunan lancar
KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijangka berlangsung esok berjalan lancar dan selamat. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail menegaskan, PDRM menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib, selaras dengan nilai-nilai demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan. “PDRM komited untuk memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dalam suasana yang selamat serta menghormati ruang awam yang dikongsi bersama. Kerjasama semua pihak amat dihargai agar suasana harmoni dapat dikekalkan sepanjang perhimpunan,” kata beliau dalam satu…
Read MoreBerita pilihan…
Aib besar kepada masyarakat antarabangsa
RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menegaskan bahawa penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung, kebuluran dan kekurangan keperluan asas adalah satu jenayah yang tidak boleh diterima. Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung kepada rakyat Gaza pada Khamis petang menerusi saluran televisyen Palestine TV, Abbas berkata rakyat Palestin kini menghadapi bencana kemanusiaan terbesar pada zaman ini. Justeru Abbas menyeru kepada gencatan senjata serta-merta dan berkekalan di Gaza, kemasukan segera bekalan makanan dan ubat-ubatan, serta pembebasan hasil cukai Palestin yang ditahan oleh kerajaan Israel. Abbas turut menggesa Presiden Amerika Syarikat…
Read MoreEmpat agensi berita bersuara
ISTANBUL – Beberapa agensi berita dunia termasuk AFP, AP, Reuters dan BBC menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan wartawan mereka di Gaza, sambil menggesa Israel untuk memastikan keselamatan keluar masuk mereka. Dalam kenyataan bersama yang dimuat naik di media sosial, agensi berita berkenaan amat bimbang terhadap wartawan mereka di Gaza yang semakin tidak mampu untuk mendapatkan makanan buat diri dan keluarga. “Selama berbulan-bulan, wartawan bebas ini menjadi mata dan telinga dunia di Gaza. Kini, mereka berdepan keadaan yang sama genting seperti rakyat yang mereka laporkan,” kata kenyataan itu. Agensi berita itu turut…
Read More