Arab Saudi gesa tamatkan derita

MOSCOW – Arab Saudi menggesa gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza pada dan menekankan keperluan mendesak untuk menamatkan “penderitaan dahsyat” yang dialami rakyat Palestin susulan serangan berterusan Israel. Menteri Luar Putera Faisal bin Farhan berkata keutamaan utama ialah “menghentikan pertumpahan darah di Gaza dan meringankan keadaan kemanusiaan yang mengerikan dihadapi rakyat Palestin.” Bercakap pada sidang media bersama Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, Putera Faisal turut mengulangi sokongan tegas Kerajaan Arab Saudi terhadap penubuhan “negara Palestin berdasarkan sempadan Jun 1967,”. Beliau menyifatkan perdamaian sebagai “pilihan strategik” bagi menyelesaikan konflik berdekad-dekad serta…

Read More

Trump tandatangani RUU cukai

WASHINGTON – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-249 Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump menandatangani Rang Undang-Undang (RUU) cukai dan perbelanjaan utamanya pada majlis gilang-gemilang di Rumah Putih semalam. Dalam ucapannya, Trump berkata:”Amerika sedang menang, menang, menang seperti tidak pernah berlaku sebelum ini,” Parti Republikan sebulat suara menyokong RUU ‘One Big Beautiful Bill’ itu dan meluluskannya di Kongres yang mulanya enggan meluluskannya, tepat pada masa Trump menandatanganinya sempena cuti sambutan ulang tahun kemerdekaan. Majlis dimulakan dengan dua pesawat pengebom B-2, jenis yang digunakan dalam serangan ke atas tapak nuklear Iran baru-baru…

Read More