MKT boleh pertimbang rayuan ahli

KUALA LUMPUR 30 Jun – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin parti selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 20.12. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat MKT parti itu, malam ini. Baru-baru ini, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan supaya penggantungan keahlian bekas Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditarik balik selaras matlamat memperkukuh parti. Sehubungan itu, Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, MKT akan menunggu…

Read More

Alif Lam Mim: Rahsia Langit yang Berbisik

KUALA LUMPUR 30 Jun – Ucapan terakhir Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menarik perhatian ramai apabila membaca tulisan bertajuk Alif Lam Mim: Rahsia Langit yang Berbisik. Beliau yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Kementerian Dalam Negeri membaca hasil tulisan Profesor Nadirsyah Hosen dari Melbourne Law School, University of Melbourne. Ucapan penuh makna tentang erti perjuangan, amanah dan pengorbanan itu disampaikan pada majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Theatrette Bukit Aman dengab disaksikan Ketua Polis Negara,…

Read More

SST : Kritikan biar berasaskan fakta

PUTRAJAYA 30 Jun  – Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa keputusan kerajaan berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat. Bagaimanapun kerajaan terbuka menerima kritikan berhubung SST namun pandangan mesti dibuat berasaskan fakta. “Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik. “Saya tak faham apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan. Jadi hal-hal ini disebar kerana…

Read More