KUALA LUMPUR 29 Jun – Kehadiran lebih tiga dekad UMNO di Sabah membuktikan parti itu bukan lagi boleh dilabel sebagai ‘parti luar’ atau ‘parti Malaya’, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada landskap politik Negeri Di Bawah Bayu itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan berkata, dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hanyalah ‘gabungan parti Malaya’, adalah tidak tepat. “Ada yang kata PH dan BN hanyalah parti Malaya, namun sebenarnya dalam BN ada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan parti tempatan, manakala PH pula turut dianggotai…
Read MoreDay: June 29, 2025
Tutup pintu rundingan agih kerusi DUN Melaka
JASIN 29 Jun – UMNO Bahagian Jasin meluluskan usul menutup pintu rundingan dengan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung tahun depan. Ketua Penerangannya, Zulkifli Kalil, ketika membacakan usul itu berkata mesyuarat perwakilan turut memutuskan supaya semua kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) akan kekal ditandingi pada PRN berkenaan nanti. Beliau berkata, usul terbabit adalah penting kerana ia menjadi penanda aras kepada UMNO dan BN Melaka yang memenangi PRN lalu dengan majoriti tiga perempat membabitkan 21…
Read MoreBerita pilihan….
Iran buka semula ruang udara tengah, barat
TEHRAN – Iran membuka semula ruang udaranya di kawasan tengah dan barat untuk penerbangan transit antarabangsa, mulai Sabtu, kata Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar. Jurucakap kementerian, Majid Akhavan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran serta selesai penilaian keselamatan dan sekuriti oleh pihak berkuasa berkaitan. Sebelum ini Iran telah membuka semula ruang udara timurnya untuk penerbangan domestik, antarabangsa dan transit. Namun katanya, tiada penerbangan akan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Iran di bahagian utara, selatan dan barat. Dalam kenyataan berasingan, CAO memaklumkan ruang udara…
Read MoreChina tolak perjanjian jejas kepentingan
BEIJING – China menolak perjanjian perdagangan mana-mana negara dengan Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan kepentingan China bagi mendapatkan apa yang disebut sebagai ‘kelonggaran tarif’. Jurucakap Kementerian Perdagangan berkata, China akan mengambil langkah balas tegas untuk mempertahankan hak dan kepentingan sahnya. “Sejak April, AS telah mendesak apa yang disebut sebagai ‘tarif timbal balik’ ke atas rakan perdagangannya. Ini adalah tindakan buli sebelah pihak yang biasa dan menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala serta mengganggu ketertiban perdagangan antarabangsa,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai rundingan perdagangan AS dengan ekonomi lain baru-baru ini. China turut…
Read More