SEPANG 26 Jun – Di sebalik kerisauan mengenai situasi di Timur Tengah, kumpulan pertama 229 jemaah umrah Andalusia Travel and Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) berlepas ke Jeddah petang ini dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris ketika ditemui di KLIA hari ini berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan semasa berkaitan laluan udara dan keselamatan penerbangan. “Sehingga kini semua jadual penerbangan umrah masih seperti biasa dan kami berterima kasih kepada rakan strategik kami Malaysia Airlines atas kerjasama yang erat dalam memastikan kelancaran perjalanan jemaah” katanya. Beliau…
Read MoreDay: June 26, 2025
Pencapaian anak Malaysia perlu dirai
KUALA LUMPUR 26 Jun – Pelantikan Johnny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah peristiwa bersejarah yang sepatutnya diraikan oleh semua rakyat, kata Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan. Beliau berkata, kebolehan, pencapaian, kemajuan dan kejayaan mana-mana anak Malaysia dalam apa jua bidang adalah berita gembira untuk semua, bukan dipersoal, apatah lagi diperlekeh semata-mata kerana latar belakang kaumnya. “Tahniah daripada Pas buat Leftenan Jeneral Dato’ Johnny Lim,” katanya mengulas kenyataan kontroversi yang dimuat naik oleh seorang pemimpin kawasan Pas di media sosial, yang seolah-olah mempersoalkan pelantikan itu…
Read MoreSyed Saddiq dipelawa kembali pimpin Muda
KUALA LUMPUR 26 Jun – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditawarkan untuk kembali menerajui Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) susulan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar tu daripada empat pertuduhan. Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz, berkata ketetapan itu dibuat ketika mesyuarat, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) semalam. Katanya tawaran itu, dibuat atas dua prinsip iaitu Syed Saddiq sudah membersihkan nama dan integriti melalui proses mahkamah yang telus dan adil dan secara konsisten, mempertahankan maruah dan nama baik Muda sepanjang menjadi Ahli Parlimen. “Jawatan Presiden Muda disandang…
Read MoreSST: Epal, oren dikecualikan
PUTRAJAYA 26 Jun – Selepas mendapat bantahan pelbagai pihak, mesyuarat Jemaah Menteri semalam memutuskan buah epal dan oren yang diimport dikecualikan daripada peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, masih ada orang mengeluh dengan ada yang berkata orang kampung dan orang miskin hendak juga makan epal “Dia kata ini orang dulu kata ‘an apple a day keep the doctor away’ tak betul itu, (ia) ‘a banana’ sebenarnya, sebab pisang potasium tinggi. “Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal…
Read MoreBerita pilihan…
AS nafi Iran sempat pindah uranium
WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump menolak dakwaan bahawa Iran memindahkan uranium yang diperkaya sebelum serangan udara Amerika Syarikat, ketika perdebatan mengenai kerosakan yang dialami program nuklear Tehran akibat serangan itu. Trump, yang menuntut pujian atas tindakan ketenteraannya serta pengumuman segera gencatan senjata antara Israel dan Iran, marah terhadap laporan media berkaitan penilaian sulit yang meragui kemusnahan ke atas tapak nuklear Iran. Satu persoalan utama yang dibangkitkan oleh pakar adalah kemungkinan Iran memindahkan kira-kira 400 kilogram uranium yang diperkaya – yang kini berkemungkinan disembunyikan di lokasi lain dalam wilayahnya yang luas.…
Read MoreIran sahkan komander IRGC terbunuh
TEHRAN – Angkatan Tentera Iran mengesahkan kematian Komander Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Jeneral Ali Shadmani, susulan serangan udara oleh Israel minggu lalu. Menurut agensi berita IRNA, komander berkenaan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam serangan itu. Markas Pusat Khatam al-Anbiya yang diketuai oleh Shadmani menyifatkan tindakan itu sebagai “jenayah ketenteraan” oleh pasukan Israel, dan berikrar akan membalas dendam secara “keras dan tegas”. Tentera Israel sebelum ini memaklumkan pada 17 Jun bahawa mereka membunuh Shadmani dalam satu serangan yang menyasarkan pusat arahan di tengah ibu negara…
Read More