Apa sebenarnya kurangkan 5,000 pekerja

SEPANG 6 Jun  – Kerajaan tidak boleh lepas tangan berhubung keputusan Petronas untuk mengurangkan 5,000 atau 10 peratus daripada tenaga kerjanya. Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, keputusan Petronas itu bukan isu kecil atau sekadar soal pengurusan sumber manusia sebaliknya isu besar melibatkan syarikat milik negara yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi. “Nasib lebih 5,000 pekerja yang dijangka terjejas tidak boleh dipandang ringan. Mereka bukan sekadar statistik, mereka adalah ibu, bapa, anak muda, pencari nafkah utama dalam keluarga. Mereka harus dibela,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, keputusan yang melibatkan…

Read More

Politik emosi mudah terjadi – Ibrahim

KUALA LUMPUR 6 Jun – Generasi muda akan mudah emosi terhadap parti politik dan kepemimpinan yang rasuah, tidak berakhlak dan menjual maruah diri, kata Presiden Putra Dr Ibrahim Ali. Katanya, kalangan generasi muda akan bersifat politik emosi jika pemimpin salah guna kuasa, berbohong, cakap tidak serupa bikin,  gagal menunaikan janji, hipokrit apatah lagi jika sumpah menjadi mainan. “Jangan persendakan minda golongan muda dan ini membawa generasi muda mudah emosi. Politik emosi senang terjadi apabila rakyat terhimpit dengan tekanan inflasi dan kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.…

Read More

Hamas sedia masuki rundingan baharu

GAZA – Hamas menyatakan kesediaan memasuki pusingan rundingan baharu bagi gencatan senjata kekal di Gaza, ketika serangan terbaharu Israel semalaman membunuh sekurang-kurangnya 37 mangsa. Perunding Hamas, Khalil al-Hayya, membuat pengumuman itu dalam satu ucapan sempena sambutan Aidiladha. “Kami sekali lagi menegaskan kami sedia untuk satu lagi pusingan rundingan yang serius bagi mencapai perjanjian gencatan senjata secara kekal,” katanya yang menegaskan Hamas sedang berhubung dengan pihak perantara. Usaha sebelum ini untuk rundingan gencatan senjata baharu gagal mencapai kemajuan sejak rundingan terakhir berakhir pada Mac, apabila Israel menyambung semula operasi ketenteraannya di…

Read More

AU desak AS amal larangan ‘seimbang’

ISTANBUL – Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) menggesa Amerika Syarikat (AS) mengamalkan dasar larangan perjalanan yang ‘seimbang, berasaskan bukti dan mencerminkan hubungan dua hala jangka panjang’. Dalam satu kenyataan, AU menyatakan kebimbangan terhadap kesan negatif yang mungkin timbul susulan sekatan perjalanan terbaru Washington terhadap 12 negara, kebanyakannya dari benua Afrika. Kesan negatif itu melibatkan hubungan rakyat, pertukaran pendidikan, perdagangan, serta hubungan diplomatik yang dibina secara berperingkat selama beberapa dekad. AU mengakui hak kedaulatan setiap negara untuk perlindungan dan keselamatan sempadan tetapi pada masa sama menekankan kepentingan bersama antara benua Afrika dan…

Read More