“Azizah saya pilih, Nuru Izzah saudara saudari”

JOHOR BAHRU 24 Mei – Azizah (Dr Wan Azizah Wan Ismail) saya pilih pada masa itu (Presiden PKR), saya terpaksa buat keputusan segera ketika itu (1999) namun Nurul Izzah saudara-saudari yang pilih (jawatan timbalan presiden),” kata Anwar Ibrahim. Presiden PKR itu menyingkap semula situasi parti dan keluarganya sebagai menjawab persoalan berkaitan isteri dan anak serta nepotisme. Anwar mengimbau semula keadaan PKR dan juga keluarganya 26 tahun lalu semasa beliau kali pertama dimasukkan ke dalam penjara sewaktu parti baru mula bertapak tanpa ada dana dan juga penggerak. Perdana Menteri berkata keadaan…

Read More

Lega diselamatkan dari sandiwara kuasa

KUALA LLUMPUR 24 Mei – Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik. Katanya, cita-cita itulah yang telah menjerumuskan dirinya sebelum ini ke dalam aktivisme dan politik. “Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya. Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini,” katanya. Rafizi yang gagal mempertahankan jawatannya semalam berkata demikian melalui…

Read More

Laluan umrah baharu bersama AirArabia

KUALA LUMPUR 24 Mei – Andalusia Travel and Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) akan membuka laluan umrah baharu bersama syarikat penerbangan AirArabia dalam usaha syarikat menawarkan destinasi eksotik yang selamat, Islamik dan penuh keindahan. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, laluan itu melalui Baku, Azerbaijan, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Kyrgystan dan Tajikistan. “Semua ini dapat direalisasikan melalui laluan strategik AirArabia yang menghubungkan dunia Islam secara menyeluruh dari pusat operasi di Sharjah dan Andalusia mengambil peluang untuk memperkayakan nilai ibadah jamaah,”katanya. Beliau berkata demikian Khamis lalu pada majlis menandatangani Perjanjian…

Read More

Perancis, Britain, Kanada bantu Hamas?

JERUSALEM – Benjamin Netanyahu mendakwa pemimpin Perancis, Britain dan Kanada cuba membantu kumpulan pejuang Palestin, Hamas selepas ketiga-tiga negara itu memberi amaran akan mengambil “tindakan konkrit” sekiranya Israel tidak menghentikan serangan terbaharunya di Gaza. Kenyataan Perdana Menteri Israel itu selari dengan pandangan Menteri Luar , Gideon Saar, yang sebelum ini turut menyelar tekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Tel Aviv berhubung perang di Gaza. Netanyahu mendakwa pemimpin-pemimpin ini berada di pihak yang salah dalam kemanusiaan dan sejarah. Malahan beliau menuduh mereka menyokong “pembunuh beramai-ramai, perogol, pembunuh bayi dan penculik” yang…

Read More

Kabinet Singapura angkat sumpah

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, mengetuai istiadat upacara angkat sumpah Kabinet bagi penggal baharu di Istana, malam tadi susulan kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum, 3 Mei lalu. Majlis itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen dan platform media sosial, bermula kira-kira pukul 8 malam dengan nyanyian lagu kebangsaan Majulah Singapura, diikuti ucapan oleh Presiden, Tharman Shanmugaratnam. Wong yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan, mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas dengan disaksikan Tharman dan Ketua Hakim Negara Singapura, Sundaresh Menon. Beliau yang mengumumkan…

Read More