Anwar sokong semua calon pemilihan PKR

LANGKAWI 19 Mei – “Kalau saya ada dua tempat untuk Timbalan Presiden misalnya, dua-dua saya sokong, kalau ada 12 tempat Naib Presiden, semua saya sokong,” demikianlah ulasan Anwar Ibrahim berhubung pemilihan PKR 2025. Presiden PKR itu berkata, beliau memberi sokongan kepada semua calon yang bertanding kerana semua mereka didapati layak serta tokoh yang banyak berjasa dan berkorban untuk parti itu sejak sekian lama. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jawatan yang diperuntuk adalah terhad menyebabkan ahli perlu memilih. Justeru beliau mengingatkan ahli dan penyokong supaya tidak memberi komen keterlaluan sehingga boleh menyebabkan…

Read More

Biar berurusan terus dengan perwakilan

BUKIT MMERTAJAM19 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kekal dengan pendirian untuk tidak berdebat dengan Rafizi Ramli sebaliknya akan terus berurusan dengan perwakilan, berbaki lima hari menjelang pemilihan parti. Calon bagi jawatan Timbalan Presiden itu yang akan mencabar Rafizi berkata, beliau mahu terus menyantuni perwakilan serta memberi keutamaan untuk mendekati dan bertemu akar umbi di setiap cabang parti itu. “Kita mahu menyantuni perwakilan dan apabila berhadapan dengan rakan, inilah semangat yang kita mahu garapkan. Biar saya fokus untuk berurusan dengan perwakilan dan bahagian,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri…

Read More

Rafizi bangkitkan soal adab, hierarki PKR

IPOH 19 Mei – Penyandang Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membangkitkan soal adab dan hierarki dalam parti selepas dua tindakan parti yang dianggap ‘membelakangkan’ kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam parti. Rafizi dalam kempen HIRUK di sini membangkitkan soal surat kepada presiden parti Anwar Ibrahim, untuk memaklumkan keputusannya menolak jemputan merasmikan kongres sayap Pemuda (AMK) dan Wanita parti itu. Keduanya, beliau yang akan dicabar Nurul Izzah Anwar menyentuh tentang majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Dalam ucapannya, Rafizi meluahkan rasa kesal apabila kandungan surat sulit yang dihantarnya kepada…

Read More

Serangan udara ragut 130 jiwa Palestin

BAITULMUQADDIS – Sekuran-kurangnya 130 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh semalaman susulan serangan udara Israel sebagai sebahagian daripada pertempuran di Semenanjung Gaza. Serangan udara semalaman itu berlaku ketika Israel bersiap untuk melancarkan serangan darat baharu bagi mendapatkan “kawalan operasi” di beberapa kawasan di Gaza. Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, rundingan tidak langsung di Doha merangkumi perbincangan mengenai gencatan senjata dan pertukaran tebusan. Ia juga termasuk cadangan menamatkan perang dengan syarat pejuang Hamas diasingkan ke luar Gaza dan kawasan itu dinyahpersenjataan, syarat yang ditolak Hamas sebelum ini. Sementara itu, Kementerian…

Read More

Lebih 300 petugas UNRWA terbunuh

GAZA – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan, angka korban kakitangannya dalam serangan Israel di Gaza kini melepasi 300 orang, sejak Oktober 2023. Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di platform X berkata,  sebahagian besar daripada mereka dibunuh oleh tentera Israel bersama anak-anak dan insan tersayang mereka, di mana seluruh keluarga terkorban. Menurut Lazzarini, sebahagian besar anggota UNRWA yang terkorban adalah petugas kesihatan dan guru di mana beberapa daripada mereka maut ketika sedang menjalankan tugas membantu komuniti masing-masing. “Tiada apa yang boleh…

Read More