JEMPOL 3 Mei – “Kenapa UMNO saja tidak dibubarkan dan masuk Bersatu?,” Itu pertanyaan Muhyiddin Yassin ketika semasa mengulas saranan veteran UMNO supaya Bersatu dibubarkan. Presiden Bersatu itu menegaskan tiada keperluan untuk membubarkan parti itu dan menyertai UMNO seperti yang dicadangkan oleh Setiausaha Veteran UMNO, Mustapha Yaakub kelmarin. Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram Padang di sini hari ini, Muhyiddin.berkata, Bersatu bukanlah bekas UMNO yang perlu dibubarkan dan anggotanya menyertai UMNO. ” Kenapa minta bubarkan Bersatu, kita (Bersatu) bukan ex-UMNO, seolah-olah bekas UMNO…malah…
Read MoreDay: May 3, 2025
Pas tidak cemburu hubungan UMNO- DAP
SEPANG 3 Mei – Pas tidak pernah cemburu kepada mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP, malah parti itu tidak menyimpan dendam seperti dakwaan Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin. Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, berkata kenyataan Mohamed Khaled yang menyamakan Pas tidak mampu “move on” dan cemburu terhadap hubungan UMNO-DAP, adalah dangkal dan melupakah sejarah perjuangan Islam Pas yang konsisten. “Politik bukan medan menghalalkan apa sahaja demi kuasa. Politik ialah medan untuk mempertahankan prinsip — sesuatu yang Pas tidak pernah kompromi, walau bagaimana getir sekalipun ujian politik yang mendatang,” katanya.…
Read MorePN perlu berubah hadapi strategi PM
SEPANG 3 Mei – Dewan Pemuda Pas menyifatkan pandangan keperluan rombakan atau penambahbaikan dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sesuatu yang harus dipandang serius oleh semua pimpinan dan akar umbi dalam gabungan ini. Ketua Penerangannya, Nadzir Helmi berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man itu sebagai satu wake-up call yang tepat pada waktunya, ketika PN bukan lagi dalam fasa merintis. “Perubahan ini bukan retorik. Ia satu tuntutan masa. Jika kita tidak berubah, maka kita akan diubah oleh rakyat.,” katanya. Beliau berkata, Tuan Ibrahim bukan sekadar bercakap atas kapasiti seorang…
Read MoreHimpunan bantah RUU URA Pemuda Pas 14 Jun
KUALA LUMPUR 3 Mei – Pemuda Pas Malaysia akan menganjurkan satu himpunan aman besar-besaran pada 14 Jun ini di Lembah Klang bagi membantah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA). Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, menjelang tarikh itu, rakyat Malaysia termasuk anak muda diharap dapat membuat persediaan dan mengadakan himpunan yang kecil ataupun program penerangan “Kami menyeru semua pihak NGO mahasiswa anak muda, orang perseorangan, mana-mana badan untuk terus bersama-sama menyatakan pendirian tegas menolak rang undang-undang ini demi menjamin keadilan perbandaran dan melindungi masa depan komuniti…
Read More“Bebas, Bukan Tunduk”
(Perutusan Hari Kebebasan Media 2025 – Gerakan Media Merdeka (GERAMM) PADA 3 Mei setiap tahun, dunia memperingati Hari Kebebasan Media — bukan sekadar untuk menyambut apa yang telah dicapai, tetapi juga untuk mengingatkan apa yang masih belum dimenangi. Di Malaysia, sambutan ini bukan satu kelaziman yang gemilang, tetapi satu peringatan getir tentang pertarungan berpanjangan untuk kebebasan yang hakiki. Tahun ini, Malaysia mencatat sedikit peningkatan dalam Indeks Kebebasan Media oleh Reporters Without Borders (RSF), namun angka bukan segalanya. Kita masih terperangkap dalam jerat undang-undang yang mengekang, struktur industri yang goyah, dan…
Read MoreBerita pilihan…
2.75 juta pilih pemerintah Singapura
SINGAPURA 3 Mei – Lebih 2.75 juta pengundi akan menentukan sama ada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah akan sekali lagi memperoleh majoriti besar, atau jika parti pembangkang berjaya mencatat kejayaan lebih besar tahun ini. Sebanyak 11 parti politik dan dua calon Bebas bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU2025) Singapura akan mengetahui nasib mereka pada malam ini, selepas sembilan hari kempen. Pada PRU2020, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan memperoleh 61.2 peratus undi keseluruhan, berbanding PRU2015 yang menyaksikan parti itu meraih 83 daripada 89 kerusi dengan 69.9 peratus undi.…
Read More211 wartawan terbunuh di Gaza
ANKARA – Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) di Wilayah Palestin yang Diduduki mengesahkan, 211 wartawan termasuk 28 wartawan wanita telah terkorban di Gaza sejak 7 Oktober 2023. Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pula melaporkan, sekurang-kurangnya 47 wartawan maut semasa bertugas. Kenyataan sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada Jumaat juga memetik laporan pihak berkuasa Palestin bahawa 49 wartawan kini ditahan di pusat tahanan Israel setakat Selasa. Ves akhbar kini bukan lagi pelindung, tetapi menjadi sasaran,” kata seorang wartawan kepada OHCHR. Beliau turut menegaskan bahawa…
Read More