KUALA LUMPUR 18 April – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik dengan RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic). MoU itu adalah dalam memperkenalkan penyelesaian kewangan patuh syariah yang menyokong pertumbuhan industri pelancongan Islam. Kerjasama ini merangkumi pelbagai inisiatif utama seperti penggunaan penyelesaian kewangan yang direka khas untuk industri pelancongan iaitu RHB TravelPlus-i melalui penyediaan kemudahan terminal pembayaran kad kredit/ debit yang didatangkan dengan pelan ansuran tanpa kos,. Di samping itu, kemudahan QR DuitNow yang didatangkan dengan…
Read MoreDay: April 18, 2025
Chong Wei Duta Sukan Johor
JOHOR BAHRU – Ikon Sukan Negara, Lee Chong Wei, sah dilantik sebagai Duta Sukan Johor selepas beliau menandatangani perjanjian dengan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) di sini hari ini. Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) Mohd Ekmaluddin Ishak berkata, beliau yakin pelantikan pemain nombor satu dunia dari 2008 hingga 2012 mampu memberi impak positif dalam pembangunan atlet muda negeri ini sejajar dengan aspirasi untuk memperkasakan budaya sukan bertaraf dunia. “Kita akan kenal pasti lagi sukan yang berpotensi tinggi mengikut situasi semasa, pelan pembangunan sukan negeri Johor menerusi bengkel-bengkel. Yang paling…
Read MoreNegeri ada hak tidak keluar lesen jual vape
KUALA LUMPUR 18 April – Kerajaan negeri mempunyai hak untuk tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga vape atau rokok elektronik di negeri masing-masing, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan undang-undang kecil yang membolehkan kerajaan negeri menetapkan dasar penjualan peranti berkenaan di negeri masing-masing. Katanya , beberapa egeri telah mengambil inisiatif untuk tidak memberikan lesen kepada peniaga vape. “Ini adalah hak kerajaan negeri kerana mereka mempunyai ruang dari segi perundangan dan ketetapan dibuat berdasarkan polisi masing-masing,” katanya selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa…
Read MoreMaro : Bendera
Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua
Read MoreSultan Brunei di Majlis Santapan Diraja
ARAU 18 April – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja salah satu acara utama sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, malam tadi. Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Arau pada 8.57 malam disambut oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail. Hadir sama menyambut ketibaan baginda ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. Turut…
Read MoreBerita pilihan….
Indonesia mahu tanam gandum
JAKARTA – Dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import gandum, Indonesia akan bekerjasama dengan Jordan bagi menjalankan percubaan penanaman komodoti itu. Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman yang mengiringi Presiden Prabowo Subianto dalam lawatan ke Jordan dan beberapa negara lain berkata, Jordan bersetuju membantu Indonesia dalam usaha menanam gandum. “Kami telah menjemput pakar dari Jordan, kami juga telah menilai kesesuaian iklim untuk pertanian di seluruh Indonesia dan kini sedang mengenal pasti benih unggul yang boleh ditanam di sini,” katanya pada sidang media di pejabatnya. Amran menegaskan jika pelan itu berjaya, ia…
Read MoreSaringan ketat pemohon visa AS
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengetatkan saringan pelawat asing apabila Rumah Psemalam mengarahkan saringan media sosial terhadap semua pemohon visa AS yang pernah mengunjungi Gaza pada atau selepas 1 Januari 2007. Menurut laporan media, arahan itu menyatakan bahawa semakan media sosial ke atas semua pemohon visa imigran dan bukan imigran perlu merangkumi pekerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu pernah berada di wilayah Palestin itu atas kapasiti rasmi atau diplomatik. Jika hasil semakan media sosial menemui maklumat yang berpotensi memberi ancaman berkaitan isu keselamatan, maka satu…
Read More