Indeks Kebahagiaan Malaysia naik 5 mata

PUTRAJAYA 20 Mac – Indeks Kebahagiaan Malaysia tahun ini meningkat lima mata dalam tempoh lima tahun, iaitu 88.84 peratus berbanding 83.34 peratus pada 2020, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Katanya, indeks kebahagiaan adalah pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk yang merangkumi aspek kesihatan serta kesejahteraan mental dan fizikal. Ia juga mengambil kira tahap dan kualiti perkhidmatan diberi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan serta teratur. “Sebanyak 153 PBT di Semenanjung, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur…

Read More

Kuil tidak diroboh, cari penyelesaian

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kerajaan memberi jaminan kuil yang terletak dalam tanah milik swasta yang akan dibangunkan di Jalan Masjid India di sini tidak dirobohkan dan akan mencari penyelesaian adil tanpa menyentuh mana-mana kaum. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,  R Ramanan berkata, kerajaan akan memainkan peranan sebagai jambatan dalam rundingan antara pihak swasta yang juga pemilik tanah serta kuil Dewi Sri Pathrakaliamman. “Jaminan saya jelas. Kerajaan tidak akan merobohkan kuil dan kerajaan juga komited untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat kuil itu…

Read More

Lot Bumiputera paling banyak tak terjual

PETALING JAYA 20 Mac – Tinjauan Sentimen Industri Hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) merekodkan unit kediaman lot Bumiputera berharga RM300,001 hingga RM500,000 paling banyak tidak terjual sepanjang separuh kedua tahun lalu. Presiden REHDA Malaysia, Datuk Ir Ho Hon Sang, berkata secara keseluruhannya sejumlah 72 peratus lot Bumiputera siap dibina tidak terjual dan sudah melebihi 36 bulan berada dalam pasaran. Katanya, ia trend yang kurang memberangsangkan di mana julat harga RM300,001 hingga RM500,000 paling banyak tidak terjual dengan 77 peratus, diikuti kediaman bawah RM300,001 (5 peratus); RM500,001 hingga…

Read More

Trump ikrar lenyapkan Houthi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berikrar akan ‘melenyapkan’ kumpulan Houthi di Yaman yang disokong Iran dan memberi amaran kepada Tehran supaya menghentikan bantuan kepada kumpulan itu. Katanya, Iran mesti segera menghentikan penghantaran bantuan ini dan membiarkann Houthi bertempur sendiri “Apa pun mereka tetap kalah tetapi dengan cara ini, mereka kalah dengan lebih cepat,” katanya menerusi catatan di platform Truth Social miliknya. Trump juga merujuk laporan apabila mendakwa Iran mengurangkan tahap sokongan ketenteraan dan bantuan umum kepada Houthi, tetapi dikatakan masih menghantar bantuan dalam jumlah besar. Kemusnahan besar…

Read More

Hospital PRCS beroperasi semula

GAZA – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) beroperasi semula di Hospital Al-Quds di kejiranan Tal al-Hawa, barat Bandaraya Gaza mulai Rabu, dan akan mula menerima pesakit yang cedera, sakit serta pelawat mulai Jumaat depan. Walaupun mengalami kerosakan selepas  dibom semasa pencerobohan Israel pada November 2023, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Kecemasan Gaza, mengambil kira keperluan mendesak untuk perkhidmatan perubatan di Gaza dan utara Gaza dalam krisis semasa. Menurut laporan media, pasukan perubatan dan pentadbiran telah bekerja selama beberapa minggu untuk memulihkan hospital itu di tengah-tengah kekurangan peralatan…

Read More