SHAH ALAM 18 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang menjadikan stor haram di Jalan Kampung Jawa di sini, bagi kegiatan itu.
Ia susulan serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas risikan selama tiga minggu di lokasi terbabit.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata risikan selama tiga minggu di lokasi terbabit membawa kepada serbuan oleh KPDN Putrajaya pada pukul 7 malam dan, 608 tong LPG disita dengan nilai dianggar RM14,565.
Pemeriksaan awal mendapati premis itu dipercayai sudah beroperasi selama dua bulan dan dijadikan stor haram bagi aktiviti pemindahan gas LPG bersubsidi yang digunakan untuk isi rumah ke dalam tong LPG berkapasiti 50 kilogram bagi kegunaan industri.
Pasukan serbuan turut menemui peralatan seperti hos penyambung yang dipercayai digunakan dalam kegiatan terbabit.
“Beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu termasuk tiga lori turut disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggar melebihi RM200,000,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pasukan serbuan menahan empat lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun, membabitkan tiga rakyat tempatan dan seorang warga asing yang juga pekerja di premis berkenaan bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan da Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613],” katanya.
Nnn