PRK Ayer Kuning 26 April, penamaan calon 12 April

PUTRAJAYA 7 Mac – Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam Parlimen Tapah ditetapkan pada 26 April ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 12 April. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Ramlan Harun berkata, pengundian awal pula pada 22 April dengan tempoh berkempen 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga pukul 11.59 malam 25 April ini. Katanya, berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemas kini hingga 22 Februari lalu, seramai 31,897 layak mengundi terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan…

Read More

146.48 juta akan melakukan perjalanan lebaran

JAKARTA – Sempena cuti perayaan Aidilfitri 2025. Kementerian Pengangkutan Indonesia meramalkan 52 peratus penduduk negara itu atau kira-kira 146.48 juta orang akan melakukan perjalanan seluruh negara. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pergerakan dari Pulau Jawa dijangka menyumbang 51.3 peratus atau sekitar 81.5 juta orang, dengan majoriti pengembara berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah. Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi berkata, bagi menangani pergerakan yang tinggi itu, kerjasama antara kementerian dan kerajaan wilayah akan menjadi penting. Baru-baru ini beliau mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Barat Dedi Mulyadi dan Gabenor…

Read More

9,500 tahanan Palestin masih di penjara Israel

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 9,500 tahanan Palestin masih berada di penjara Israel termasuk 21 wanita dan 350 kanak-kanak. Menurut Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin, 3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran. Dalam kenyataan bersama, ia menyatakan, terdapat kira-kira 1,555 tahanan dari Gaza kini berada di penjara Israel. Angka itu hampir dua kali ganda berbanding jumlah tahanan sebelum perang Israel terhadap Gaza pada Oktober 2023 yang ketika itu terdapat hampir 5,240 rakyat Palestin di penjara Israel. Sejak Oktober 2023,…

Read More

24 lubang benam direkodkan

KUALA LUMPUR 6 Mac – Sebanyak 24 kejadian lubang benam direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2024, dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 11 kes. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan tiga kejadian direkodkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Melaka dan Perlis. “Melalui JMG Kementerian sentiasa komited dalam usaha pengurangan risiko bencana geologi di kawasan pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif bencana…

Read More