KUALA LUMPUR 27 Jan. – Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, mengakui terkhilaf apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Dr Yeoh Tiong Lay. “Dalam ceramah panjang saya semalam, satu minit video telah dikerat oleh media untuk dijadikan tajuk berita. “Saya akui terkhilaf tentang maklumat yang saya kaitkan dengan YB Hannah Yeoh,” katanya melalui muat naik di Facebook bagi merujuk satu minit video ceramahnya semalam yang dipetik media untuk dijadikan tajuk berita. Terdahulu, Hannah membidas Razman susulan kenyataan yang mengaitkan beliau dengan…
Read MoreDay: January 27, 2025
Berita pilihan…
Palestin tolak pemindahan rakyat Gaza
GAZA – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan kumpulan Hamas menegaskan pendirian untuk menentang sebarang cadangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa dari Gaza seperti dirancang Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Pejabat Presiden Palestin menyatakan Abbas dengan tegas menyatakan rakyat Palestin tidak akan meninggalkan tanah dan tempat suci mereka dan mengecam sebarang projek yang bertujuan memindahkan rakyat Palestin di Gaza. Anggota Biro Politik Hamas, Bassem Naim, berkata rakyat Palestin akan menggagalkan projek sedemikian, seperti mana mereka menggagalkan rancangan serupa untuk pemindahan dan penciptaan tanah air alternatif sejak beberapa dekad lalu. Jihad…
Read MoreIndonesia-India meterai kerjasama digital
JAKARTA – Indonesia dan India memeterai kerjasama strategik dalam sektor digital bagi mempercepat transformasi digital mampan dan memupuk inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat kedua-dua negara. Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia dan Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India menjalin kerjasama itu melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di New Delhi kelmarin. MoU itu ditandatangani sewaktu lawatan negara Presiden Prabowo Subianto ke India, yang turut menghadiri sambutan Hari Republik negara itu. Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia, Meutya Hafid dalam kenyataan media menegaskan bahawa kerjasama strategik ini merupakan langkah…
Read More