KUALA LUMPUR 21 Jan. – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. (Andalusia) menawarkan pakej umrah percuma kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Jumaat lalu. Tawaran itu dibuat oleh Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin kepada isteri mangsa, Faridah Abdul Karim, 44 melalui panggilan video semalam. Ibrahim menyatakan teramat simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap keluarga Ahmad Nor dan menawarkan tiga tempat iaitu Ahmad Nor, Faridah dan anak lelaki…
Read MoreDay: January 21, 2025
Mokhzani, Mirzan miliki harta RM1.2 bilion
PUTRAJAYA 21 Jan. – Dua anak bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion, berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan kepadanya, Mokhzani memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan sebanyak RM246.2 juta. Katanya, pengisytiharan harta itu antaranya membabitkan pegangan aset dan saham. “Kedua-dua mereka mematuhi permintaan saya dan juga keputusan penyiasat untuk mengisytiharkan harta yang mereka miliki termasuk juga pegangan aset, saham dan sebagainya. Jadi saya berpuas hati dengan…
Read MoreTiada lagi tol percuma perayaan
KLANG 21 Jan. – Kabinet sudah memutuskan tiada lagi pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata kerajaan akan menggantikan tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan pendekatan bersasar itu tetapi akan diumumkan dalam masa terdekat. Katanya,Kabinet pada tahun lalu memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan. “Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan. “(Keputusan ini kerana) …kerajaan hendak selaraskan dengan…
Read MoreBerita pilihan…
Dasar jantina baharu di AS
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan darurat kebangsaan di sempadan selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktiraf hanya dua jantina, lelaki dan perempuan. Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan, beliau berikrar untuk mengembalikan dasar ‘Kekal-dalam-Mexico’ serta mengerahkan tentera bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai ‘pencerobohan yang dahsyat’. “Mulai hari ini, ia akan menjadi dasar rasmi Kerajaan AS bahawa hanya terdapat dua jantina, lelaki dan perempuan,” katanya ketika mengisytiharkan pentadbirannya secara rasmi mengiktiraf hanya dua jantina sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan. Presiden AS ke-47 itu turut memaklumkan…
Read MoreTrump sah sebagai Presiden AS ke-47
WASHINGTON – Donald Trump yang secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 berikrar untuk “meletakkan Amerika di tempat pertama” semasa menandakan babak baharu untuk negara itu. Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan, beliau berkata, zaman keemasan Amerika kini bermula. “Bermula dari hari ini, negara kita akan berkembang maju dan dihormati semula di seluruh dunia. Kita akan menjadi idaman setiap negara, dan kita tidak akan membiarkan diri kita dipermainkan lagi,” kata Trump. Trump turut memberitahu, kali ini, beliau kembali sebagai Presiden AS ke-47 dengan “penuh keyakinan dan optimis” bahawa kita…
Read More