SHAH ALAM 15 Jan. – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, (JSJK) Selangor menahan pasangan suami isteri berusia 31 tahun, yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd. kira-kira pukul 7 petang ini. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dalam kenyataan medianya memberitahu, pasangan itu ditahan di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes jemaah yang terkandas untuk mengerjakan umrah. “Polis telah merampas beberapa komputer, pasport dan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan. Kedua-dua mereka akan direman esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Beliau berkata, JSJK pada Selasa…
Read MoreDay: January 15, 2025
Jemaah kandas, Hejira Travel mohon maaf
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, Mohd Syahril Alias tampil memohon maaf kepada lebih 300 jemaah umrah yang terkandas susulan kegagalan pihaknya menyediakan penerbangan ke Tanah Suci. “Saya sangat berterima kepada yang memilih Hejira Travel dan saya sangat sangat memohon maaf dan berharap tuan puan dapat menunaikan ibadah umrah selepas ini walaupun bukan dengan kami (Hejira),” katanya. Beliau pada masa yang sama menawarkan pilihan sama ada mahu meneruskan umrah dengan penjadualan semula tarikh penerbangan, mengembalikan semula pembayaran dan pemberian RM5,000…
Read MoreBerita pilihan…
RUU halang atlet transgender
WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Republikan meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menghalang atlet transgender daripada menyertai sukan wanita. Menerusi RUU itu, pelajar transgender dihalang daripada menyertai pasukan wanita di mana-mana sekolah atau universiti yang menerima dana persekutuan, walaupun tidak mungkin disokong dan diluluskan sebagai undang-undang oleh Senat. RUU itu mentakrifkan seks sebagai ‘hanya berdasarkan biologi reproduktif dan genetik seseorang ketika lahir’ dan menghalang atlet transgender daripada mengambil bahagian dalam olahraga ‘yang ditetapkan untuk wanita atau gadis’ Republikan menyerang keras Demokrat dalam isu transgender, terutamanya berkaitan belia…
Read MoreCukai 100% hartanah dibeli bukan warga EU
MADRID – Sepanyol bercadang melaksanakan cukai sehingga 100 peratus ke atas hartanah yang dibeli oleh bukan warga Kesatuan Eropah (EU) atau bukan pemastautin di Sepanyol. Perdana Menteri Pedro Sanchez menyatakan cadangan itu pada forum “Perumahan – Tunggak Kelima Negara Kebajikan”, yang mengingatkan langkah yang “belum pernah berlaku” itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di negara itu. Susulan itu, cukai dijangka memberi kesan kepada pembeli dari negara seperti United Kingdom, China, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, sekiranya mereka tidak memegang status pemastautin Sepanyol. Beliau berkata antara matlamat utama langkah ini…
Read More