Najib tumpu Titah Adendum

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pasukan pembelaan Najib Razak mengesahkan belum menerima sebarang arahan berhubung permohonan pengampunan baharu yang akan difailkan bekas Perdana Menteri itu. Peguam Kanan yang mewakili Bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Shafee berkata, ketetapan itu mengambil kira prosiding rayuan difailkan Najib yang akan didengar di Mahkamah Rayuan, Isnin ini. Beliau berkata, pasukan pembelaan Najib juga akan meneliti keputusan prosiding rayuan bagi semakan kehakiman mengenai Titah Adendum, sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan. “Setakat ini kita (pasukan pembelaan Najib) belum menerima sebarang arahan (untuk failkan permohonan pengampunan baharu). “Ini…

Read More

NGO, NGI tetap bersolidariti

KUALA LUMPUR 4 Jan.  – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI) tetap dengan pendirian untuk menyertai himpunan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya Isnin ini. Presiden Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, berkata pihaknya tetap menyarankan mana-mana pihak untuk turun pada himpunan itu walaupun ia dilarang oleh pihak berkuasa. “Cuma ada penyokong Najib dan pihak yang nak tahu keputusan secara langsung, termasuk yang nak tengok suasana serta sejarah. Setakat 5,000 hingga 6,000 tidak akan ada cedera. “Sedangkan…

Read More

Hampir 6,000 banduan bakal bebas

NAYPYIDAW – Sempena Hari Kemerdekaan Myanmar yang ke-77, Kerajaan junta tentera akan membebaskan hampir 6,000 banduan termasuk 180 warga asing, dalam tradisi pengampunan tahunan. Kenyataan junta bagaimanapun tidak memperincikan mengenai jenis kesalahan banduan yang akan dibebaskan dan tahanan warga asing yang bakal dihantar pulang selepas dibebaskan. Tentera mengatakan pengampunan itu dilaksanakan atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. Junta juga mengumumkan bahawa 144 individu yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan diberikan pengurangan hukuman kepada penjara 15 tahun. Myanmar sering memberikan pengampunan kepada ribuan banduan bagi memperingati hari perayaan atau festival…

Read More

Hukuman ke atas Trump 10 Januari

NEW YORK – Menjelang pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari ini, mahkamah menetapkan Jumaat depan, bagi tarikh hukuman kes Donald Trump membabitkan bayaran wang sogokan kepada bintang lucah. Mahkamah bagaimanapun dijangka tidak akan menjatuhkan hukuman penjara buat Trump. Hakim, Juan Merchan, berkata Trump, bekas presiden pertama yang pernah disabitkan kesalahan jenayah, boleh hadir secara fizikal atau maya pada tarikh hukuman yang dijadualkan pada 10 Januari. Dalam keputusan setebal 18 muka surat itu, Merchan mengekalkan sabitan Trump oleh juri New York, sekali gus menolak pelbagai usul daripada peguamnya yang…

Read More