Pembangunan kekal ‘kampung Melayu’

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Sebarang pembangunan akan datang di Kampung Baru akan mengambil kira sejarah dan status tanahnya terlebih dahulu untuk memastikan ia kekal sebagai kampung Melayu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, ini kerana, pembangunan di Kampung Baru juga akan menjadi pemangkin kepada keseluruhan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. “Kita akan memastikan pembangunan masa depan di Kampung Baru mengambil kira sejarah serta status tanahnya untuk terus menjadikan kawasan ini kekal sebagai kampung Melayu. Seperti saya jelaskan sebelum ini, kita tidak akan mengenepikan pandangan…

Read More

Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh

BANDARAYA GAZA – Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Ketua Polis Gaza Mahmoud Salah dan timbalannya Hussam Shahwan maut dalam serangan pada waktu subuh oleh tentera Israel. Dalam kenyataannya, beberapa orang dilaporkan turut terbunuh dalam serangan itu yang disifatkan sebagai ‘tibdakan sengaja yang berusaha mencetuskan kekacauan di Gaza dan memburukkan lagi penderitaan kemanusiaan rakyatnya.” Kementerian itu menyifatkan pembunuhan kedua-dua pegawai polis itu sebagai “pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa” dengan menyasarkan pasukan polis “walaupun berperanan sebagai badan perlindungan awam.” Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan daripada Israel mengenai serangan itu. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…

Read More

APEC kembali ke Korea Selatan

KUALA LUMPUR – Korea Selatan kembali menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini selepas kali pertama diadakan di Busan 20 tahun, lalu iaitu pada 2005. Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2025, Yoon Seongmee berkata Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada 2005, yang menyaksikan antara hasil utamanya adalah Pelan Hala Tuju Busan untuk meningkatkan keutamaan ekonomi anggota dalam menggalakkan perdagangan bebas. “Seperti yang dapat anda lihat, dua dekad lepas, APEC tertumpu terutamanya kepada perdagangan, liberalisasi pelaburan dan integrasi serantau. Kami masih meneruskan matlamat ini, tetapi agenda APEC telah berkembang.…

Read More