Larangan TikTok selama setahun di Albania

ALBANIA mengumumkan larangan selama setahun terhadap aplikasi video pendek popular TikTok, susulan pembunuhan seorang remaja bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak. Larangan ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menjadikan sekolah lebih selamat, menurut Perdana Menteri Edi Rama selepas bertemu dengan kumpulan ibu bapa dan guru dari seluruh negara. Rama berkata, selama setahun negara itu akan menutup sepenuhnya akses kepada TikTok. Beberapa negara Eropah seperti Perancis, Jerman dan Belgium telah melaksanakan sekatan terhadap penggunaan media sosial oleh kanak-kanak.

Read More

Penyebaran ulser pemakan daging

SYDNEY – Jabatan Kesihatan Victoria, negeri kedua paling padat penduduk di Australia mengeluarkan amaran berhubung penyebaran ulser pemakan daging, Buruli yang kini merebak di seluruh negeri, termasuk di pedalaman Melbourne. Menurut amaran Jabatan Kesihatan, risiko jangkitan paling tinggi berlaku semasa musim panas, dan ulser boleh mengambil masa empat hingga lima bulan untuk berkembang sepenuhnya. Ulser Buruli adalah jangkitan bakteria yang dipercayai disebarkan dari “possum” kepada manusia melalui gigitan nyamuk. Pada peringkat awal, ia muncul sebagai benjolan atau luka yang tidak menyakitkan, tetapi boleh berkembang menjadi ulser yang merosakkan. Jika tidak…

Read More

Kerajaan MADANI yakin menang PRU

SUBANG JAYA  21 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan MADANI mempunyai kelebihan memenangi pilihan raya umum (PRU) jika diadakan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi. “Kalau ada pilihan raya umum sekarang, saya lebih yakin menang. “Ia memerlukan usaha yang tinggi untuk meletakkan agenda ekonomi pada situasi sekarang,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin prestasi Kerajaan MADANI termasuk Jemaah Menteri masih boleh diperbaiki. Beliau mengakui ada prestasi…

Read More

Tok Mat sudah jelas kompaun

SEREMBAN 21 Dis. – Menteri Luar, Mohamad Hasan, telah menjelaskan kompaun yang dikenakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS) itu sehari selepas menerima notis berhubung kesalahan merokok. Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menjelaskan kompaun yang dikenakan sehari selepas menerima notis berkenaan. dan tiada apa lagi yang berbangbangkit. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah kompaun yang dibayar tetapi menyatakan urusan berkenaan telah selesai. “Syukurlah kompaun yang dikenakan itu tidak terlalu tinggi dan semuanya telah selesai,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan E-Sport Piala Tok Mat 2024, di Kip Mall…

Read More

Siasat pembunuhan 3 kakitangan WFP

HAMILTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam pembunuhan tiga kakitangan Program Makanan Sedunia (WFP) di Sudan dan menyeru siasatan menyeluruh dijalankan. Jurucakap Stephane Dujarric dalam satu kenyataan bagi pihak Guterres berkata, Setiausaha Agung amat marah dengan pembunuhan pada 19 Disember, apabila pejabat lapangan agensi itu di Yarbus, Blue Nile State, terkena serangan udara. Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan rakan sekerja mereka di WFP, beliau juga mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan di samping menyeru agar siasatan…

Read More

Kedudukan PM Kanada tergugat

OTTAWA – Kedudukan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, kini tergugat selepas sekutu utamanya mengumumkan rancangan untuk menggulingkan kerajaan minoriti Liberal sekaligus mengadakan pilihan raya. Beliau dijangka kehilangan kuasa awal tahun depan setelah Ketua Parti Demokratik Baharu (NDP), Jagmeet Singh, mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari. Trudeau, yang telah memegang jawatan Perdana Menteri selama lebih daripada sembilan tahun, sebelum ini mendapat sokongan NDP Pengumuman Singh dibuat tidak lama selepas Menteri Kewangan Trudeau secara mengejut meletakkan jawatan minggu ini, menambah tekanan kepada perdana menteri…

Read More