SENAT Australia meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian. Dalam keputusan bersejarah, seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentang pada hari terakhir sesi Senat. Di bawah undang-undang itu, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah “perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.” Undang-undang yang diluluskan…
Read MoreYear: 2024
Media Hari Ini Jumaat 29.11.2024
Bersatu umum tiga jawatan kanan
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Bersatu mengumumkan pelantikan tiga jawatan kanan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu bagi sesi 2024-2027 dengan Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung yang baharu. Turut dilantik Rina Harun sebagai Bendahari Agung, dan Tun Faisal Ismail Aziz sebagai Ketua Penerangan. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam kenyataan menerusi Facebook, berkata, pelantikan yang berkuat kuasa hari ini dibuat menurut Fasal 13.9 Perlembagaan Bersatu . Beliau mendoakan agar ketiga-tiga pemimpin yang dilantik dapat menjalankan tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti. “Saya juga…
Read MoreUPM kembali kepada Universiti Pertanian?
UPM kembali kepada Universiti Pertanian Malaysia? PUTRAJAYA 28 Nov. – Cadangan menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada nama asalnya, iaitu Universiti Pertanian Malaysia akan dikemuka kepada Jemaah Menteri. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata beliau akan membawa cadangan itu ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan dan memajukan sektor pertanian negara. “Saya berhasrat begitu sebab dulu asalnya memang nama Universiti Putra Malaysia ialah Universiti Pertanian Malaysia. Untuk kembali nama kepada Universiti Pertanian Malaysia, saya ingat sesuai.…
Read MoreYTL belum siapkan 51 menara JENDELA
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Semua 51 menara telekomunikasi yang diperuntukkan kepadaYTL Communications Sdn Bhd belum beroperasi di mana 17 daripadanya sudah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu, YTL menerima sebanyak 51 menara. Menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar), di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, suaulan itu, YTL diletakkan dalam senarai syarikat paling corot menyiapkan projek menara telekomunikasi JENDELA. “Maksudnya, YTL paling corot. Minta maaf, saya terpaksa sebut di sini.…
Read MoreBerita pilihan..
Abbas namakan Fattuh sebagai pengganti
PENGERUSI Majlis Kebangsaan Palestin Rawhi Fattuh dinamakan sebagai calon pengganti Presiden Palestin apabila Mahmoud Abbas berundur. Abbas mengumumkan Fattuh akan menggantikannya dalam tempoh sementara apabila jawatan itu dikosongkan, sekali gus berpeluang menyingkirkan Hamas daripada sebarang penglibatan dalam peralihan masa depan. Berusia 89 tahun, Abbas masih memerintah walaupun tempohnya sebagai ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah berakhir pada 2009 dan telah menentang tekanan untuk melantik pengganti atau Naib Presiden Dalam satu dekri, Abbas berkata, Fattuh akan menjadi pengganti sementaranya sekiranya jawatan itu kosong. “Jika jawatan Presiden kosong tanpa kehadiran majlis perundangan,…
Read MoreWaran tangkap, Israel rayu ICC
JERUSALEM – Israel akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant. Kenyataan dari pejabat Netanyahu berkata, Israel “menafikan kuasa” ICC dan Hague “dan kesahihan waran tangkap” terhadap pasangan itu. “Israel menyerahkan rayuan kepada ICC untuk menangguhkan pelaksanaan waran tangkap itu,” kata kenyataan itu. Enam haru lalu, hakim di ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant, serta seorang komander Hamas, Mohammed Deif, yang didakwa oleh Israel telah dibunuh Julai lalu. Waran tangkap itu dikeluarkan…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 28.11.2024
Mohon waran tangkap ketua junta Myanmar
ATHENS – Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan pejabatnya memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap ketua junta Myanmar berhubung pengusiran dan penganiayaan terhadap umat Islam Rohingya. Karim Khan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan penyiasatan secara menyeluruh, bebas dan tidak berat sebelah. “Terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Jeneral Kanan dan Pemangku Presiden Min Aung Hlaing, Panglima Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, memikul tanggungjawab jenayah bagi jenayah terhadap kemanusiaan pengusiran dan penganiayaan terhadap Rohingya yang dilakukan di Myanmar, dan sebahagiannya di Bangladesh,” katanya. Menurut pendakwa raya, jenayah itu dilakukan antara…
Read More